Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Penyatuan tanah sektor padi pastikan pengurusan lebih cekap, kata Salahuddin

Penyatuan tanah sektor padi pastikan pengurusan lebih cekap, kata Salahuddin

AKMA MANAFJuly 9, 2019 4:22 pm




 

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) hari ini memaklumkan, cadangan penyatuan tanah untuk sektor padi adalah bagi memastikan pengurusan yang lebih cekap dengan ladang bersaiz ekonomi.

Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub, berkata cadangan itu disuarakan memandangkan kebanyakan sawah yang diusahakan dalam skala kecil, sukar untuk meningkatkan produktiviti dan menjana pendapatan pesawah, selain menyukarkan pengurusan ladang dan bantuan dilaksanakan.

Buat masa ini, beliau berkata beberapa program sedia ada di bawah Projek Pemacu Pertanian (PPP) seperti Entry Point Project (EPP#10) dan EPP#11 yang akan tamat pada 2020, boleh diambil sebagai asas pelaksanaan konsep penyatuan tanah ini.

“Pelaksanaan penyatuan tanah ini akan hanya melibatkan penyatuan pengurusan tanah tanpa sebarang pengambil alihan atau pertukaran hak milik tanah pesawah.

“Berdasarkan maklumat awal yang diperoleh, keluasan tanah yang bersesuaian untuk penyatuan adalah dalam lingkungan 100 hektar hingga 500 hektar.

“Sekiranya kawasan lebih luas, ia akan dikhuatiri menyebabkan keberkesanan pemantauan tidak dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya.

“Konsep penyatuan pengurusan tanah ini adalah pengurusan ladang dari peringkat penanaman, penuaian sehingga ke pemasaran yang akan diuruskan oleh satu badan pengurusan sama ada seperti syarikat atau koperasi,” katanya ketika menjawab pertanyaan lisan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, di Dewan Rakyat, hari ini.

Mukhriz (PH-Jerlun) meminta Salahuddin (PH-Pulai) menyatakan kewajaran dasar penyatuan tanah untuk sektor padi melibatkan model penyatuan tanah yang akan diguna pakai dan agensi yang menerajui inisiatif penyatuan tanah.

Selain itu, Mukhriz turut meminta penerangan tentang jaminan terhadap kepentingan tuan tanah, pesawah dan kerajaan dalam pelaksanaan langkah penyatuan tanah itu nanti.

Ahli Parlimen Pulai itu menambah, faktor utama kejayaan bagi penyatuan tanah itu, adalah penerimaan pesawah dan tuan tanah yang terlibat.

Beliau berkata, cadangan penyatuan tanah itu bukan sahaja dengan hasrat untuk meningkatkan produktiviti hasil, tetapi yang lebih utama adalah manfaatnya daripadanya harus diraih kelompok tuan tanah dan dan pesawah.

 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Terkini

Lapan kluster masih aktif di Sarawak

Selangor peruntuk RM6 juta untuk ujian saringan bersasar Covid-19

Mohon sidang parlimen khas bukan derhaka titah Agong

Lebih 60 negara dimasuki virus baharu Covid-19 dari UK

Lawan Covid-19 dengan kredibiliti

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production