Penyatuan Umno-Pas dijangka gagal kerana sukar bertolak ansur

Penyatuan Umno-Pas dijangka gagal kerana sukar bertolak ansur

Penyatuan politik Umno-Pas dengan mendakwa kononnya penyatuan ummah dilihat hanya indah pada peringkat awal kerana tidak mustahil menjadi sebaliknya menjelang musim Pilihan Raya Umum ke-15 nanti.

Ketua Pemuda AMANAH Perak, Ustaz Syamsul Alauddin berpendapat kerosakan agama sedang berlaku memandangkan Pas berjuang atas nama agama manakala Umno pula berjuang atas dasar bangsa Melayu.

“Walhal, sejarah zaman Rasulullah jelas bahawa baginda berjuang hanya atas dasar agama dan tidak berjuang atas nama bangsa Arab.

Syamsul Alauddin 

“Itu sebabnya penyatuan Umno-Pas ini baru peringkat awal dan sememangnya dilihat indah tetapi masalah akan timbul apabila kedua-dua pihak menyatakan kekuatan masing-masing.

“Pertembungan kerusi, calon perdana menteri dan menteri besar serta jawatan-jawatan lantikan kerajaan. Ia akan gagal kerana masing-masing sukar untuk bertolak ansur,” dipetik dari Mingguan Amanah.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Sungai Durian, Teluk Intan itu berkata, tidak mustahil apabila tubuh kerajaan bersama pasti akan berpecah jua kerana kedua-dua parti tersebut sebenarnya tidak mempunyai kesefahaman.

Mengulas lanjut, Ustaz Syamsul berkata, tidak mustahil apabila tertubuhnya kerajaan bersama pasti akan berpecah kerana Umno-Pas sebenarnya tidak mempunyai kesefahaman yang jelas.

“Sejarah pergabungan Umno-Pas ini bukan kali pertama dan ia telah berlaku sewaktu Perikatan.

“Rata-rata pemimpin akar umbi Pas mengatakan Umno terdesak dan apabila berkuasa Umno akan membuang semula Pas.

“Pada masa sama, pemimpin bawahan Umno pula mengatakan sebaliknya bahawa Umno sedang dipergunakan Pas kerana Pas tidak pernah konsisten dengan perjanjian.

“Pas banyak melanggar perjanjian yang dibina oleh parti itu sendiri,” tegas Yang Dipertua Pertubuhan Pendukung Sekolah Agama Rakyat (PPSR) Cawangan Teluk Intan itu lagi.