Malaysia Dateline

Penyelesaian Dua Negara lapuk, agenda utama hanya iktiraf Israel

Penyelesaian konflik di Palestin mengikut formula Penyelesaian Dua Negara atau Two-State Solution adalah cadangan yang lapuk dan tidak boleh dijadikan sebagai rundingan.

Naib Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, cadangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu hanya menekankan pengiktirafan terhadap Israel sebagai agenda utama.

“Selama ini yang menjadi bahan pertaruhan ialah mengiktiraf negara Israel.

“Kerangka rundingan masih lagi Israel seolah-olah menafikan segala kemusnahan, pencerobohan dan pembunuhan seolah-olah tiada dalam agenda utama,” katanya secara langsung menerusi Facebook The Perspektif malam ini.

LANJUT MENYUSUL