Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Penyerahan kunci rumah PGBF bukti kerajaan komited bantu warga Felda

Penyerahan kunci rumah PGBF bukti kerajaan komited bantu warga Felda

oleh AKMAL MANAFJanuary 11, 2020 1:11 pm




Penyerahan kunci rumah bagi Perumahan Generasi Baru Felda (PGBF) membuktikan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Johor amat komited dalam melaksanakan janji dan tanggungjawab mereka terhadap rakyat.

Sekretariat Majlis Permuafakatan NGO Felda, Ridhuan Esa berkata, PGBF adalah salah satu agenda Kertas Putih dalam misi Kelestarian Felda yang telah dibentangkan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada 10 April tahun lalu.

“Ia juga menepati pengisian Belanjawan Negeri Johor 2020 bertemakan Memakmur dan Mensejahtera Johor Bestari yang dibentang oleh Menteri Besar Johor, Dr Sharudin Jamal.

“Tahniah diucapkan kepada 311 penerima PGBF Felda Sungai Sibol dan Felda Penggeli Timur yang disempurnakan oleh YB Azmin Ali dan YB Dr Sharudin Jamal pada semalam.

“Terima kasih juga diucapkan kepada Azmin Ali, Dr Sharudin, pihak kementerian dan pengurusan Felda yang berusaha menyiapkan rumah ini yang telah tertangguh disebabkan masalah tertentu,” maklum beliau dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Ridhuan berkata keprihatinan Azmin Ali dan Dr Sharudin yang meluluskan lebih RM1 juta permohonan peneroka dan Generasi Felda Sungai Sibol serta Felda Penggeli Timur untuk peruntukan baik pulih prasarana kemudahan komuniti, menambah lagi kegembiraan mereka.

“Ia termasuk baik pulih dan tambahan fasiliti sekolah, peralatan komuniti PGBF, pembaikan saliran parit cegah banjir dan juga pencegahan tanah runtuh di sekitar rumah peneroka.

“Objektif Kelestarian Felda adalah bertujuan untuk mengekalkan komuniti Felda terutamanya generasi baru dari berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan dan membina keluarga.

“Oleh demikian keperluan dalam membina sumber ekonomi selain bergantung kepada hasil ladang sawit dan getah juga perlu berjalan seiring dengan objektif ini,” katanya.

Merujuk kepada Kertas Putih Felda dan Belanjawan Negeri Johor 2020, Ridhuan yang juga Generasi Felda Sungai Sibol berkata, ia telah menggariskan beberapa langkah Kerajaan Persekutuan dan negeri dalam usaha mempelbagai ekonomi warga Felda melalui bidang pertanian.

Katanya, kawasan rancangan Felda di negeri Johor dikelilingi kawasan pertanian di mana ia boleh dioptimumkan penggunaannya dengan melibatkan generasi dan peneroka Felda.

“Generasi Felda perlu mengubah persepsi bidang pertanian adalah bidang yang ketinggalan zaman, namun dengan inovasi pertanian terkini, bidang pertanian adalah salah satu sumber yang menyumbang pendpatan ekonomi yang baik.

“Melalui Program Pembangunan Peneroka (PPP) salah satu isi Kertas Putih Felda adalah peruntukan tahunan RM250 juta dan diharap ia dapat dilaksanakan dengan baik dan telus serta mencapai objektifnya,” ujarnya lagi.

Terdahulu kerajaan Negeri Johor telah meluluskan lebih 850 lot tapak rumah Generasi Harapan Baru FELDA dengan nilai premium RM1 sekaki persegi.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Terkini

Covid-19: Apa Muhyiddin dapat buat dengan kuasa mutlaknya, soal Mahathir

Menteri Pendidikan tiada kepimpinan, bimbang wujudnya ‘generasi ketinggalan’

Keazaman untuk tidak berubah (Bahagian 1)

Mahfuz desak kerajaan perjelas isu projek rundingan terus lebih RM100 juta

Rakyat kecam Muhyiddin ulang apa yang dibentang dalam Belanjawan 2021

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production