Penyewa guna hujah agama elak bayar sewa rumah-Penunggang agama patut dihukum burukkan Islam

Oleh NASUHA RAHMAN

Penyewa yang membayar sewa tepat pada masa amat menyenangkan, tetapi macam mana pula penyewa yang berhutang bahkan menggunakan hujah agama untuk mengelak daripada membayar sewa.

Penyewa ini pula hanya diarah keluar rumah sahaja dan tidak perlu membayar hutang kepada penyewa tetapi pemilik pula dipersalahkan dengan menggunakan hadis.

Terkini, satu tangkap layar Whatsapp perbualan antara pemilik rumah dengan penyewa sedang tular di Facebook Yusnizam Yusoff di mana penyewa menggunakan hujah agama untuk mempertahankan haknya daripada keluar dari rumah yang disewa.

#image_title

“Dia tak bayar sebab alasan tertentu. Macam saya pulak zalim. Abis tu bank peduli ke masalah saya?

“Umah dia sewa ini kondo. Harga sewa 900 je. Kawasan tu orang sewakan 1200. Rate bayar bank + maintenance pun lebih kurang 1200.

“Dah tau tak mampu, buat cara tak mampu. Area ni banyak je pilihan lain. 400-500 rumah yang selesa pun ada.

“Tapi paling penting saya bukan mintak payment pun. Saya cuma suruh kosongkan rumah saya. Salah ke?” soal beliau.

Bagi Yusnizam inilah dia penunggang agama yang sepatutnya dihukum sebab memburukkan Islam.

Perkongsian itu menunjukkan penyewa menggunakan hadis antaranya Riwayat Ibd Majah dan Muslim yang bermaksud ‘sesiapa yang memudahkan orang yang berada dalam kesukaran, Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat’.

Rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan tindakan penyewa yang menggunakan hadis untuk kepentingan diri sendiri.

“Begini yg d pggil penunggang agama rupanya.gna hdis nas bgai,utk kepntingan diri,dn susahkn hak org lain.semoga d mudahkn urusan tuan empunya rumah,” komen Ashfia Ismail.

“Dia punya spin, siap keluarkan hadis. Jenis nk org faham susah dia je tp dia xnk faham susah org lain,” Nur Liyana Ahmad.

Dalam pada itu pemilik gedung buku online Rumah Buku Azizul Azli Ahmad turut melontarkan pandangannya berhubung situasi ini.

Di mana nasihatnya jangan menggunakan agama untuk justifikasi kesalahan, tidak membayar sewa juga satu tindakan menzalimi tuan rumah.

“Tuan rumah juga ada hak sebagai tuan rumah. Jangan persoalkan hak orang lain.

“Semak perjanjian kediaman, jika jelas langgar perjanjian. Bagi notis minta keluar sahaja.

“Tin kalau kuat bunyi biasanya tin kosong saja nie. Pandai cakap belum tentu bijak laksana,” komen beliau.

Baca juga: Pelajar wanita 20 tahun ditemui mati selepas terjun dari tingkat 6 hanya kerana putus cinta

Baca juga: Tinggal sehelai sepinggang, rumah dan kereta mewah hangus dijilat api