Penyokong parti diminta bersikap tertib, berdisiplin – polis

Penyokong parti diminta bersikap tertib, berdisiplin – polis

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Penyokong parti yang bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dinasihati bersikap tertib dan berdisiplin pada hari penamaan calon esok, terutama yang memiliki pas terbuka Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pegawai Perhubungan Media Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar, ACP Khalil Ariffin berkata lebih 1,000 petugas keselamatan akan ditempatkan di sekitar kawasan Dewan Sri Bernam yang digunakan sebagai tempat penamaan calon, esok.

“Kita menasihati penyokong yang berarak pagi esok agar tidak melakukan sebarang provokasi atau menimbulkan kekacauan sepanjang proses penamaan calon berlangsung,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

TAGS