Malaysia Dateline

Penyokong Pas perlu fikir matang, hanya satu pilihan, undi PH

Tan Sri Ramon meminta penyokong Pas kekal bersama Pas tetapi undi PH untuk kali ini.

 

Para penyokong Pas diajak untuk berfikir dengan wajar dalam pilihan raya ini dengan memberikan undi kepada Pakatan Harapan setelah Pas tidak mempunyai peluang untuk menang.

“Jika anda mahu menyokong Pas, teruskan menyokong mereka, tidak ada masalah.

“Tetapi untuk PRU 14 ini, undi Pakatan Harapan,” kata Tan Sri Ramon Navaratnam, pakar ekonomi yang juga bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan.

Bagi beliau, semua orang tahu dengan jelas, Pas tidak mempunyai cukup sokongan dan pengaruh untuk menang kali ini.

“Anda tahu dengan pasti bahawa Pas tidak mempunyai cukup pengaruh untuk menang. Sekurang-kurangnya tidak di Sabah dan Sarawak.

“Mengundi Pas hanya memecahkan undi dan memberikan kemenangan kepada BN,” katanya.

 

Sokongan untuk BN menurun untuk semua kaum. Manakala Pas tidak cukup pengaruh untuk menang.

 

Kenyataan Ramon ini selari dengan kajian yang dibuat oleh beberapa badan kajian termasuk Merdeka Centre dan juga Institut Darul Ehsan (IDE).

Menurut IDE, menulis Pas bermakna menghalang PH menang besar di Selangor kali ini ketika Pas tidak berpeluang untuk menang.

Menurut Timbalan Pengerusi IDE, Profesor Datuk Dr Redzuan Othman, BN hanya boleh menang tujuh kerusi sahaja di Selangor.

“Yang lain, kalau menangpun atas pertolongan Pas,” kata Redzuan dalam perbentangan hasil kajian IDE.

 

PENYOKONG BN

Ramon juga merayu agar penyokong BN memberikan undi kepada Pakatan Harapan kali ini.

“Jika anda ahli BN yang setia, tidak ada masalah. Kekalkan kesetiaan anda tetapi bersatulah dengan lain-lain rakyat Malaysia untuk mengajar pemimpin anda.

“Mereka telah mengabaikan anda selama ini. Selepas ini mereka akan bersama anda dengan lebih kuat lagi, dan yang lebih penting lagi untuk anak cucu anda.

“Undi lawan mereka kali ini. Jadikan mereka pembangkang yang kuat yang tidak pernah ada sebelum ini,” kata beliau dalam tulisan itu.

Klik untuk baca tulisan penuh Ramon Navaratnam.