Malaysia Dateline

Penyokong Pas tidak mahu kehilangan ‘permata’

Penyokong Pas menitipkan doa semoga presiden partinya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sembuh daripada penyakit dihidapi.

Pengguna Facebook, Irsyad Syafiq juga berharap agar mereka tidak kehilangan Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah bertaraf Menteri itu.

“Ya Allah, berilah kesembuhan kepada ayahnda kami Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

“Jangan biarkan kami kehilangan permata ini disisi, Murabbi ini begitu banyak jasa kepada kami.

“Jangan jadikan alam ini menangis lagi,” katanya hari ini diikuti emoji menangis.

Sementara itu, semakan Malaysia Dateline mendapati tiada sebarang kenyataan setakat ini berhubung status kesihatan Abdul Hadi.

Untuk rekod, Ahli Parlimen Marang itu beberapa kali dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk tempoh beberapa hari.

Antaranya, April lalu, Hadi dimasukkan IJN kerana menerima rawatan susulan di institut berkenaan, atas nasihat doktor, kata Setiausaha Politiknya, Syahir Sulaiman.

Sebelum ini juga, Hadi dimasukkan ke Hospital Putrajaya selepas dilaporkan mengalami sesak nafas dan dipindahkan ke IJN untuk rawatan lanjut pada 15 Februari lalu, sebelum dibenarkan pulang empat hari kemudian.