Penyokong Pas, Umno berarak bantah Trump

Penyokong Pas, Umno berarak bantah Trump

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Peserta perarakan bergerak sejurus selesai solat Jumaat.

Kira-kira1,000 orang menyertai protes membantah pengumuman Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel hari ini.

Perarakan sejauh 600 meter menuju Kedutaan AS dari Masjid Tabung Haji di Jalan Tun Razak di ibu negara itu berlangsung sejurus selepas sembahyang Jumaat.

Sebahagian peserta dilihat merupakan penyokong Pas dengan berpakaian logo parti selain tertera Fastaqim 2.0 dan membawa bendera Pas.

Sebuah lori yang dipasang penuh dengan bendera Pas juga dilihat berada di lokasi perarakan bagi dijadikan pentas ucapan pemimpin parti itu.

Beberapa pemimpin Pas berucap kemudiannya sebaik tiba di perkarangan kedutaan tersebut.

Antara yang berucap Ketua Pemuda Pas Khalil Abdul Hadi, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz serta Ahli Jawatankuasa Pas, Ridhuan Mohd Nor dan Norazli Musa.

Sebahagian penyokong Pas dan Umno yang turut berdemontrasi menunjukkan protes mereka terhadap Trump di hadapan kedutaan Amerika Syarikat hari ini.

Pemerhatian Malaysia Dateline di lokasi juga menemui beberapa kumpulan Pemuda Umno yang berpakaian baju Melayu dan berkain samping berlogokan parti mereka.

Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) juga hadir dengan membawa plakad dan kain rentang pertubuhan masing-masing antaranya Aman Palestin, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Majlis Belia Malaysia dan Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (Haluan).

Protes yang menyaksikan ucapan pemimpin Pas kira-kira sejam itu turut menyaksikan kesesakan lalu lintas.

Sebahagian pemandu yang terperangkap menekan hon bertalu-talu selain menyebabkan kereta peronda polis, ambulans dan van Jabatan Pertahanan Awam (JPA) terperangkap.

Kesepaduan ummah tidak mengira parti ditonjolkan untuk bersama umat Islam dunia menentang penindasan Amerika Syarikat terhadap Baitulmuqadis melalui solidariti Baitulmuqadis hari ini.

7.3
OVERALL SCORE
: 6.0
2 user votes x 8.0
CATEGORIES
TAGS