Penyokong PH diminta undi calon Bebas, P Prabakaran di Batu

Undi calon Bebas P Prabakaran bermakna undi PH di Batu.

Semua penyokong Pakatan Harapan (PH) diminta memberikan undi kepada calon bebas, P Prabakaran untuk kerusi Parlimen Batu selepas calon PH, Tian Chua ditolak oleh SPR dari bertanding.

Tian Chua, dalan satu kenytaannya berkata, beliau telah bersetuju untuk menyokong calon bebas, P Prabakaran untuk kerusi Parlimen Batu.

“Dengan itu, saya menggesa semua pengundi di kawasan tersebut—termasuk semua ahli komponen Pakatan Harapan di situ—untuk memberikan beliau sokongan penuh mereka,” kata rakan beliau Nik Nazmi Nik Ahmad, calon PH di Setiawangsa.

Kata Nik Nazmi, pengundi di Batu haruslah memberikan suatu mesej yang jelas—dengan mengundi Prabakaran untuk memenangi kerusi di Dewan Rakyat—bahawa Tian Chua tidak sepatutnya hilang kelayakan untuk bertanding dalam PRU14 ini.

Nik Nazmi berkata, beliau amat kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi baru-baru ini untuk tidak membenarkan Tian Chua dari KPKR untuk membatalkan kehilangan kelayakan beliau daripada bertanding di kerusi Parlimen Batu oleh SPR.

Perkara ini merupakan sesuatu yang malang bagi pengundi di kawasan Batu, memandangkan mereka tidak mendapat peluang untuk mengundi bagi wakil rakyat mereka yang telah berkhidmat selama melebihi satu dekad.

 

6.0
OVERALL SCORE
: 6.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS