Penyokong PH membanjiri airport sambut Husam

Penyokong PH membanjiri airport sambut Husam

Ahli dan penyokong Pakatan Harapan membanjiri lapangan terbang Sultan Ismail Putra di Pengkalan Chepa menyambut kepulangan Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan Husam Musa dari Kuala Lumpur.

Sambutan secara spontan itu sebagai meraikan Husam yang baharu kembali dari mengerjakan Haji dan juga sempena pelantikannya sebagai Senator.

Husam balik dari mengerjakan Haji pada 1 September dan mengangkat sumpah pada 3 September.

Menurut penulis Mohd Sayuti Omar,  kehadiran ramai menyambut kepulangan itu sebagai tanda sokongan dan solidariti kepadanya yang sebelum ini diperlecehkan oleh setengah pihak ekoran kekalahan PH di Kelantan.

Katanya, sambutan yang diberikan itu membuktikan calon kerusi Parlimen Kota Bharu dan Dun Salor masih disayangi rakyat Kelantan.

“Khabarnya satu majlis kesyukuran dan meraikan pelantikan Husam akan diadakan pada 11 September sempena 1 Muharam bertempat di Kubang Kerian,”ujar beliau di Facebooknya.

7.0
OVERALL SCORE
: 5.0
4 user votes x 7.5
CATEGORIES
TAGS