Malaysia Dateline

Penyokong PN didakwa melucah di media sosial

Seorang penyokong Perikatan Nasional (PN) menjadi sasaran kritikan ramai selepas didakwa mengeluarkan kata-kata lucah terhadap seorang wanita di media sosial.

Perkara itu dikongsi seorang pengguna Twitter CikYanie yang memuat naik tangkap layar komen mengaibkan dari individu yang dikatakannya lsebagai penyokong PN.

Individu tersebut difahamkan menggunakan akaun palsu dan tidak dapat dikesan selepas itu. Dia dipercayai mengeluarkan kata-kata kurang sopan tentang pemakaian wanita berkenaan.

Just nak tunjuk betapa lucahnya mentaliti penyokong PN. Gambar pertama tu, itulah cara saya pakai tudung dia boleh melucah. Saya cuba cari akaun dia tak jumpa. Tak sabar nak check orang disebalik akaun tu sebenarnya,” kata CikYanie.

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang mengkritik tindakan individu berkenaan kerana meninggalkan komen tidak sepatutnya pada seorang wanita.

Mereka juga meminta agar pihak yang tidak sehaluan dalam politik, tidak melemparkan kata-kata sedemikian selain menuntut individu berkenaan memohon maaf.

Pada masa sama, ada juga beberapa pihak yang meminta untuk tidak mengaitkan tindakan individu tersebut dengan parti kerana apa yang diucapkan individu adalah peribadinya sendiri dan tiada kaitan dengan parti.

Bagaimanapun, individu lain membidas perkara itu mengatakan PN selama ini turut menggunakan naratif menyerang peribadi pemimpin dan mengaitkan dengan parti.

“Orang PN sini cakap itu individu, apa kena mengena dengan parti.. tak rasa sama ke dengan naratif PN? Dok serang peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim sampai ke Parlimen. (Lempar fitnah) jangan undi PH sebab sokong LGBT. Tang orang, pandai pula kata apa kena mengena dengan parti eh,” kata pengguna Twitter.