Penyondol makin ramai, kes penceraian di Kedah naik 23%

Oleh MAISARAH AISYA

Masalah penyondol bukan sahaja berlaku kepada selebriti tetapi juga semakin parah dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya di Kedah.

Dapat dilihat kehadiran orang kerita menjadi punca peningkatan sehingga 23 peratus jumlah kes cerai dalam kalangan pasangan beragama Islam di Kedah tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Halimaton Shaadiah Saad berkata, tahun lalu sebanyak 3,245 kes cerai direkod tahun lalu, berbanding 2,586 pada 2021.

“Antara puncanya adalah faktor kewangan, tidak bertanggungjawab, kurang ilmu mengenai peranan suami dan isteri, tidak kuat pegangan agama, kehadiran dan campur tangan orang ketiga.

“Sebagai usaha membantu pasangan ini, kita mewujudkan Program Raikan Cinta khusus kepada pasangan yang menghadapi krisis rumah tangga.

“Ini adalah bertujuan mengeratkan semula tautan kasih sayang antara suami dan isteri,” katanya seperti dipetik media tempatan.

Dalam bab perkahwinan ini, jangan mulakan perkahwinan tanpa ekonomi yang kukuh kerana itu adalah antara faktor utama penceraian di negara ini.

Baca juga: Influencer terkenal nekad ‘cerai’ dengan diri sendiri selepas tak sampai 24 jam kahwini diri sendiri