Malaysia Dateline

Penyusunan jentera, dokumentasi pilihan raya syarat menang PRN Johor

Ada tiga faktor utama menang dalam pilihan raya iaitu gelombang, calon dan jentera. Kali ini saya ingin memberi tumpuan kepada faktor jentera pilihan raya.

Dalam PRN dan PRK, mana-mana parti berkerajaan pusat dan negeri, mempunyai kelebihan jentera pilihan raya.

Lantikan politik seperti MPKK, Penghulu, Ahli Majlis, ALP GLC dan lain-lain akan dikerah semaksimum mungkin dalam membantu kemenangan.

Jentera tempatan dan luar, bergabung dalam satu kekuatan. Gabungan ini memerlukan kebijakan dan pengurusan yang baik.

Jentera yang berpengalaman dan dokumentasi pilihan raya yang baik adalah salah satu pengukur potensi kemenangan.

PRN Johor Anwar Ibrahim Pakatan Harapan jentera pilihan raya
Gabungan jentera pilihan raya tempatan dan luar memerlukan pengurusan yang baik.

Dalam satu pilihan raya kecil (PRK), seorang calon, yang juga seorang peguam terkenal, hampir tertipu kerana kesalahan satu nombor kad pengenalan penyokong pencalonannya.

Padahal barisan peguamnya, telah mengesahkan semua butiran kertas penamaannya betul sebelum ini.

Ketelitian dan kemampuan mengesan penipuan adalah kemahiran penting dalam pilihan raya. Namun, tidak semua peguam pilihan raya memiliki kelebihan ini.

Gambar di bawah adalah salah satu contoh bahan latihan pilihan raya yang pihak saya sediakan dalam PRU lepas.

Antara teknik yang saya gunakan dalam latihan adalah ketepatan, minda strategik, dan humor.

Untuk menang PRN Johor, tentunya penyusunan jentera dan dokumentasi pilihan raya yang baik, merupakan salah satu syarat.

Contoh bahan latihan pilihan raya dalam PRU-14.