Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Perak akan kuat kuasa larangan bina menara pemancar atas bangunan

Perak akan kuat kuasa larangan bina menara pemancar atas bangunan

BernamaMay 21, 2019 6:56 am




Kerajaan negeri Perak akan menguatkuasakan larangan pembinaan menara pemancar telekomunikasi di atas bangunan di seluruh negeri tidak lama lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia, NGO dan Penerangan Negeri, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim berkata perkara itu telah diputuskan dalam Majlis Penasihat Pembangunan Telekomunikasi dan Multimedia (MPIT) pada 16 Mei lalu dan akan dibawa ke mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) untuk diluluskan.

“Kami telah memutuskan tidak akan ada lagi pembinaan menara pemancar di atas bangunan kerana kami mahu ia dibina di atas tanah.

“Ini bagi memudahkan kami untuk melakukan pemantauan ke atas menara pemancar yang ada di negeri ini kerana tidak mahu lagi adanya menara pemancar telekomunikasi yang dibina secara haram,” katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa di Laman Seri Ridzuan, Kediaman Lama Menteri Besar malam tadi.

Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya akan meminta syarikat telekomunikasi (Telco) supaya selepas ini membina menara pemancar telekomunikasi di atas tanah.

Sementara itu, Hasnul Zulkarnain berkata rakyat di negeri ini tidak perlu bimbang dengan kadar radiasi pancaran menara dan struktur pemancar telekomunikasi kerana mengikut amalan keselamatan dan piawaian yang ditetapkan.

Beliau berkata tindakan pihak tertentu yang membantah pembinaan menara telekomunikasi atas alasan mengundang penularan kadar radiasi tinggi, sebenarnya tidak berasas kerana pancaran gelombang radiasi dihasilkan menara telekomunikasi sangat rendah dan dijamin selamat.

“Tidak lama lagi, Perak akan menerima kemudahan teknologi 5G dan saya berharap rakyat tidak perlu bimbang dengan pembinaan lebih banyak lagi menara pemancar telekomunikasi kerana ia tidak akan memberi kesan kepada kesihatan tubuh badan.

“Jadi, saya minta rakyat memberi kerjasama kepada syarikat Telco dalam usaha kerajaan negeri memberi kemudahan yang terbaik kepada rakyat dalam aspek telekomunikasi,” katanya.- BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Terkini

Covid-19: Apa Muhyiddin dapat buat dengan kuasa mutlaknya, soal Mahathir

Menteri Pendidikan tiada kepimpinan, bimbang wujudnya ‘generasi ketinggalan’

Keazaman untuk tidak berubah (Bahagian 1)

Mahfuz desak kerajaan perjelas isu projek rundingan terus lebih RM100 juta

Rakyat kecam Muhyiddin ulang apa yang dibentang dalam Belanjawan 2021

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production