Perak anjur Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di LWOT 19 Feb ini

Perak anjur Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di LWOT 19 Feb ini

Kerajaan Perak bakal menganjurkan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina peringkat negeri di taman tema air Lost World Of Tambun (LWOT), di Ipoh, pada 19 Feb depan.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata orang ramai boleh masuk secara percuma bermula pukul 2 hingga 5 petang untuk merasai pengalaman meraikan sambutan perayaan berkenaan di salah satu taman tema air terkenal di negara ini.

Katanya tarikh tersebut dipilih bersempena hari Chap Goh Meh yang disambut sebagai menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina.

“Saya mengajak semua rakyat tidak kira bangsa, kaum dan agama supaya datang beramai-ramai datang sambil meraikan Tahun Baru Cina anda semua boleh mandi manda dan melihat binatang-binatang yang terdapat di taman tema tersebut. Kita akan kasi makan, minum, limau mandarin dan ‘ang pow’,” katanya.

Ahmad Faizal berkata demikian dalam ucapan semasa menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malim Nawar Leong Cheok Keng di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Mambang Diawan di sini malam tadi.

— BERNAMA