Malaysia Dateline

Perak bakal wujud tabung usahawan muda

Kerajaan Perak  akan mewujudkan Tabung  Usahawan Muda khusus untuk golongan usahawan belia di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri, Asmuni Awi berkata perkara itu akan dibentangkan pada Belanjawan 2019 dalam Persidangan Dewan  Undangan Negeri (DUN) Perak pada 27 Nov depan.

“Tabung ini diwujudkan bagi membolehkan kerajaan negeri memberikan modal permulaan kepada mereka (usahawan) yang berminat dalam bidang perniagaan.

“Kita akan cuba untuk mendapat sejumlah (peruntukan) yang munasabah untuk tabung ini dan sedang dalam peringkat perundingan (akhir) sebelum ia dibentangkan,” katanya.

Asmuni berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Wanita Inspirasi

Ekonomi (Wise) peringkat  negeri Perak yang disertai kira-kira 300 usahawan wanita di sini hari ini.

Program selama sehari itu turut menyediakan pameran berhubung keusahawanan.

— BERNAMA