Malaysia Dateline

Perak, Kedah akan tukar kerajaan: ‘Kita tengok dulu bagaimana’

Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil pendekatan tunggu dan lihat berhubung dakwaan ada beberapa negeri berkemungkinan besar akan bertukar kerajaan dan jatuh ke tangan pembangkang dalam masa terdekat.

Perdana Menteri ditanya media  berhubung   beberapa pimpinPas  Perak dan Kedah  mendakwa kemungkinan pertukaran kerajaan  PH kepada kerajaan campuran Umni-Pas.

“Hahaha…. Kita tengok dulu bagaimana,” katanya sambil ketawa kepada pemberita di lobi Parlimen selepas Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Parlimen ke-14 di Parlimen hari ini.

Beberapa hari lepas, Pas memberi bayangan bahawa Kerajaan Negeri Perak yang ditadbir Pakatan Harapan (PH) boleh bertukar tangan sekiranya parti itu terlebih dahulu menyatakan persetujuan untuk bergabung dengan Barisan Nasional (BN).

Pandangan itu disuarakan oleh Ketua Pemuda Pas Perak, Akmal Kamarudin yang menyatakan bahawa dengan 27 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) yang dimiliki BN dan Pas dengan tiga kerusi Dun sudah melengkapkan barisan pentadbiran kerajaan negeri tersebut.

Manakala di Kedah pula, Pas negeri menyatakan kesediaan dengan sebarang kemungkinan sekiranya dua daripada 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) PH di Kedah beralih arah yang secara tidak langsung bakal menyaksikan perubahan politik yang mendadak.

Ditanya mengenai kerjasama Umno dan Pas,  Ahli Partlimen Langkawi itu  berkata, sesiapa sahaja bebas membuat sebarang keputusan mengikut pernilaian mereka.

“Kalau Umno-Pas hendak bersatu atau bekerjasama, terpulanglah. Bersatulah kalau mahu. Kalau hendak kahwin, kahwinlah. Negara kita ini bebas, hendak kahwin lelaki, itu tidak boleh lah di sini. Ada negara yang boleh,” ujarnya sinikal.