Peralihan 15% undi Melayu akan menangkan PH di Kelantan, T’ganu – King Siang

Peralihan 15% undi Melayu akan menangkan PH di Kelantan, T’ganu – King Siang

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang yakin peralihan 15 peratus undi Melayu kepada Pakatan Harapan (PH) membolehkan pakatan itu menang Kelantan dan Terengganu.

Menurutnya, peralihan 15 peratus undi Melayu itu membolehkan PH memenangi 37 daripada 45 kerusi Dun di Kelantan dan 22 daripada 32 kerusi Dun di Terengganu walaupun dalam pertandingan tiga penjuru dengan Pas.

“Sebelum ini, saya telah mengatakan formula 10 dan 5, iaitu 10 peratus peralihan undi Melayu terhadap BN dan 5 peratus peralihan bukan Melayu terhadap BN membolehkan Pakatan Harapan menawan 113 kerusi Parlimen PRU14.

{loadposition myposition}

“Tetapi formula ini tidak mencukupi untuk Pakatan Harapan menawan Kelantan dan Terengganu. Ini kerana kedua-dua negeri ini, bilangan undi bukan Melayu sedikit dan ini bermakna tumpuan kedua-dua negeri ini adalah pada pengundi Melayu,” katanya.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, peralihan 10 peratus undi Melayu BN hanya bolehkan Pakatan Harapan menang 18 daripada 45 kerusi Dun di Kelantan dengan BN menang 19 dan Pas 8 kerusi.

Katanya, bagi memastikan kemenangan Pakatan Harapan, peralihan sokongan 15 peratus undi Melayu terhadap BN perlu berlaku serta undi Melayu pergi ke Pakatan Harapan.

CATEGORIES
TAGS