Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Peralihan kuasa Mahathir ada sebut dalam Majlis Presiden PH, kata Mujahid

Peralihan kuasa Mahathir ada sebut dalam Majlis Presiden PH, kata Mujahid

MALAYSIADATELINEJanuary 14, 2020 4:36 pm




Tun Dr. Mahathir Mohamad ada menyebut tempoh beliau memegang jawatan Perdana Menteri dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan (MPPH).

Oleh itu, kata Naib Presiden AMANAH Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof, beliau percaya Dr. Mahathir akan membuat keputusan sebagaimana disebutnya, namun sebarang keputusan mengenai peralihan kuasa akan dibuat dalam mesyuarat MPPH .

“Perdana Menteri ada sebut. Yang paling utama ialah keputusan itu dibuat dalam MPPH dan keputusannya akan dibuat dalam pakatanlah (MPPH), seperti yang dia sebut,” katanya ringkas seperti dipetik laporan Malaysiagazette hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Dr. Mahathir hari ini, yang dilaporkan berkata, tidak kisah jika diminta untuk meletakkan jawatan sekarang jika itu keputusan sebulat suara MPPH.

“Saya rasa perkara ini (iaitu) saya perlu meletakkan jawatan atau tidak perlu diputuskan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan apabila kami duduk bersama (bermesyuarat).

“Apa yang saya tahu, jika mereka mahu saya pergi (meletak jawatan) sekarang, saya akan pergi,” kata Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Integriti Nasional Bank Rakyat di Kuala Lumpur, hari ini.

Sejak kebelakangan ini desakan supaya Dr. Mahathir menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin kedengaran.
Tambahan pula, tiada sebarang tarikh ditetapkan bagi peralihan kuasa tersebut.

Terbaharu, beberapa ahli PKR dengan lantang meminta Dr. Mahathir meletakkan jawatan di samping memberi saranan kepada Sekretariat Pakatan Harapan memastikan Mesyuarat Majlis Presiden membuat ketetapan tarikh peraliha kuasa Perdana Menteri pada Mei 2020.

 

 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Terkini

Tindakan kerajaan mahu bunuh kontraktor bumiputera

Hebat Muhyiddin hanya 13 kerusi PN mampu takluk Johor

COVID-19: Kes baharu terus melonjak terkini 4,008 kes

Pakej Permai: Kerajaan patut jadikan kos ujian saringan Covid-19 mampu milik

PN gagal lonjakkan ekonomi negara

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production