Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Peralihan kuasa: Semua pihak harus berlapang dada apa jua keputusan Majlis Presiden PH

Peralihan kuasa: Semua pihak harus berlapang dada apa jua keputusan Majlis Presiden PH

MOHD ALI HASHIMFebruary 21, 2020 7:03 am




Semua pihak digesa supaya berlapang dada dan menerima apa jua keputusan yang akan diputuskan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang akan  memuktamadkan isu mengenai peralihan kuasa bermesyuarat hari ini.

Timbalan Ketua Bersatu, Bahagian Tasek Gelugor, Azmi Alang,berkata, tidak harus ada mana-mana pihak termasuklah pembangkang untuk mempertikaikan keputusan konsensus yang dicapai oleh Majlis Presiden PH.

Azmi Alang

“Begitu juga dengan pembangkang seperti Pas dan Umno, tidak harus melenting dengan apa jua keputusan yang akan diambil oleh Majlis Presiden PH.

“PH amat mengetahui apa yang terbaik bagi komponen parti demi survival dan masa depan rakyat serta sokongan yang telah diberikan dalam pilihan raya umum ke 14 yang lalu.

“Sehubungan itu Pas dan Umno serta mana-mana pihak yang tidak sehaluan dengan PH dinasihatkan supaya tidak cuba menangguk di air keruh, ” tegasnya.

Malah kata beliau, keputusan yang dibuat oleh Majlis Presiden PH adalah demi kebaikan masa depan parti dan juga rakyat serta negara.

Rentetan itu ujarnya, isu peralihan kuasa dan perkara yang berkaitan dengannya tidak harus dipolitikkan oleh mana-mana pihak.

Tambah beliau kesepakatan yang telah ditunjukkan oleh pimpinan PH sejak mula menerajui kepimpinan negara terbukti berjaya menambat hati rakyat.

Yang pasti katanya, keputusan yang dibuat oleh Majlis Presiden turut mengambil kira kepentingan komponen dalam PH, masa depan rakyat dan juga negara.

Beliau juga berkata, Perdana Menteri dan kepimpinan dalam Majlis Presiden PH sudah pasti akan mengambil kira pelbagai aspek sebelum membuat apa jua keputusan.

Pada 13 Februari Ketua Setiausaha Sekretariat  PH Datuk Saifuddin Abdullah memaklumkan PH akan mengadakan mesyuarat untuk memuktamadkan isu peralihan kuasa pada mesyuarat Majlis Presiden PH pada 21 Februari.

Reaksi Ketua Umum PH yang juga Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi Bersatu cenderung peralihab kuasa antara mereka berlaku sehingga selesai Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) pada November depan.

Muafakat PH pada 6 Januari 2018 berhubung isu berkenaan tidak menyatakan sebarang tarikh peralihan kuasa untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri kelapan.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Bukan setakat 2 kolam, 100 kolam pun Pas sanggup masuk

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Darurat mesti cepat bukan lambat

Not all politicians are humble, but this one is

Solidariti pemimpin DAP hulur bantuan pasca banjir Pahang

“Yang mana mau ikut, Menteri Kanan atau Menteri Wilayah”

Pemuda Umno edar ayam percuma dikecam, bimbang wujud ‘Kluster Ayam Beku’

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production