Peranan Badan Kehakiman, Majlis Raja-raja dan Eksekutif

Peranan  Badan Kehakiman, Majlis Raja-raja dan Eksekutif

ULASAN: Amanah , yang di ketuai Timbalan Presiden Salahuddin Ayub, melalui Peguam Hanifa Maidin telah mefailkan Permohonan Semakan keHakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada pagi ini. Permohonan tersebut telah di tandatangani oleh Abang Kerdee sebagai Timbalan Setia Usaha Agong Amanah.

Tindakan ini adalah perlu untuk mencabar keabsahan pelantikan Tan Sri Sharif sebagai Ketua Hakim Negara yang telah mencetus satu kontroversi.

Timbalan Presiden Amanah sendiri telah mengiringi pasukan peguam ke Mahkamah Tinggi pada pagi ini. Diwaktu Negara menghadapi berbagai cabaran dan masalah, Badan Kehakiman mesti lah kelihatan bersih dari segala persoalan dan kontroversi untuk memberi keyakinan kepada rakyat.

Negara mesti mempunyai para Hakim serta sistem kehakiman yang berwibawa dan bebas dari pengaruh daripada semua pihak untuk rakyat mendapat keadilan yang telus dan adil.

Sebagai Pengerusi Biro Antarabangsa Amanah, saya memandang berat kehakisan kepercayaan Dunia antarabangsa terhadap Malaysia di sebabkan kes skandal 1MDB dengan siasatan sekurang-kurangnya 7 Negara asing ke atas kes tersebut.

Pihak Majlis Raja Raja Melayu sendiri telah mengambil langkah luar biasa meminta Kerajaan Datuk Najib menyelesaikan isu kontroversi 1MDB ini. Bagaimanapun pihak Kerajaan masih membisu tanpa apa-apa tindakan nyata dan sebaliknya telah merahsiakan lapuran rasmi Ketua Audit Negara dengan mengenakan akta rahsia OSA keatas lapuran trsebut.

Apabila pihak eksekutif Kerajaan tidak mengambil tindakan keatas kes 1MDB seperti yang sepatutnya setelah di minta oleh Majlis Raja Raja, peranan badan keHakiman akan menjadi sangat kritikal.
Ini tidak lagi termasuk isu-isu penting lain Negara seperti kes persempandanan semula kawasan pilihan raya dan isu kalimah Allah yang perlu di tangani dengan penuh bijaksana serta adil.

Oleh itu perlantikan Ketua Hakim perlu kelihatan bebas dari segala pengaruh dan campur tangan semua pihak.

Ramai telah menanya saya kenapa Amanah perlu masukan semakan kehakiman atas pelantikan Ketua Hakim Negara. Dengan nama parti kami yang berteraskan amanah tersebut, kami telah berikrar untuk mendokong konsep ketelusan dalam pentadbiran negara terutamanya dalam bidang kehakiman.

“Justice must not only be done but must also be seen to be done.” Dalam perlantikan Ketua Hakim banyak keraguan telah ujud dan ini tidak sihat untuk sistem perundangan dan badan kehakiman. Oleh itu perkara ini perlu di semak sehalus halusnya oleh sistem kehakiman itu sendiri.

Setelah pihak Majlis Raja Raja sendiri menyatakan perlunya kerajaan meghalusi semula bukan hanya kes 1MDB, tetapi juga akta Majlis Keselamatan Negara yang memberi terlalu banyak kuasa kepada Perdana Menteri untuk megistihar dharurat, peranan pihak badan keHakiman amat penting untuk kekal telus menjalankan tanggungjawab mereka.

Setelah pihak eksekutif tidak langsung mendengar lagi keluhan rakyat dan juga teguran Majlis Raja Raja Melayu, seperti dalam isu 1MDB dan Akta Majlis Keselamatan Negara, peranan pihak badan keHakiman amat kritikal bagi menentukan keadilan untuk rakyat jelata dalam apa-apa isu perundangan yang mungkin akan kita hadapi.

Inilah situasi yang di hadapi oleh kita hari ini di mana kita mesti memastikan perlantikan tertinggi badan kehakiman mesti di laksanakan mengikut peraturan dan peruntukan seperti termaktub dalam perlembagaan dan undang undang Negara.

Apabila rakyat bimbang dan membantah isu ektrim perkauaman dan keagamaan dan pihak kerajaan membisu tampa tindakan sepatutnya, pihak Raja Raja telah terpaksa bersuara untuk menyelamatkan keadaan. Itu pun hanya lah kerana pihak Raja Raja memegang kuasa hal ehwal Agama dalam negeri negeri mereka.

Pihak Raja Raja telah memainkan peranan mereka sebagai payong kepada rakyat untuk berteduh dan mendapat perlindungan serta keadilan. Kalau suara serta usha Raja Raja juga tidak di endah olih kerajaan, kepada siapa lagi rakyat harus berpaling untuk
keadilan ? Kerana itulah keberkecualian pihak Badan keHakiman amat penting. Bukan hanya ianya mesti kelihatan bebas, tetapi ianya mesti benar benar bertindak bebas dari semua pengaruh.

Keadilan dituntut untuk kesemua rakyat jelata.

8.0
OVERALL SCORE
: 6.0
1 user vote x 10.0