Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Peranan kerajaan mendidik bukan ikut sepenuhnya kehendak rakyat

Peranan kerajaan mendidik bukan ikut sepenuhnya kehendak rakyat

ARIF ATANJune 26, 2019 3:34 pm




Usaha kerajaan Pakatan Harapan (PH) membanteras korupsi sebenarnya agak sukar memandangkan rakyat telah mengecapi hasil kegiatan rasuah semasa pentadbiran kerajaan lalu, kata Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Wan Anwar Wan Ibrahim.

Menurutnya, kerajaan yang mengamalkan rasuah juga lebih popular daripada kerajaan PH yang komited dalam membasmi jenayah itu lantaran rakyat sering digula-gulakan dengan hasil rasuah sebelum ini.

Sehubungan itu, beliau mengakui PH sebagai pemerintah Kerajaan Persekutuan dan parti politik perlu mengambil kira popularism tersebut dalam tawaran manifesto atau dasar kepada rakyat.

“Bagimanapun, kita perlu ada kesedaran dalam membuat tawaran manifesto, kerajaan juga berperanan untuk mendidik masyarakat. Sebab itu antara tanggungjawab kerajaan yang tidak ramai orang lihat.

“Dalam situasi kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi pilihan raya bagi mendapatkan sokongan rakyat, tidak bermakna segala kehendak rakyat perlu diikuti,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam Wacana Sinar Siri Ke-112, ‘Tanggungjawab Banteras Rasuah di Malaysia’ di Dewan Karangkraf, Shah Alam semalam.

Wan Anwar yang juga Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat berkata, politik itu penting tetapi bukannya terlalu meraikan kehendak rakyat yang tidak munasabah.

“Adakah kerana mahu sokongan rakyat, kita harus ikut 100 peratus kehendak rakyat, walaupun itu tidak betul?

“Kita tidak akan bergantung kepada keuntungan jangka pendek semata-mata nak gadaikan keuntungan jangka masa akan datang atau pun generasi akan datang.

“Kita harus betul-betul insaf bahawa peranan kerajaan pada hari ini adalah mendidik rakyat di samping memenuhi kehendak rakyat,” tegas peguam itu lagi.

Wan Anwar (dua dari kiri) bersama Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Karim dan pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM), Nor’afiza Saim dalam Wacana Sinar dimoderatorkan Pengacara Astro Awani, Nazri Kahar (kiri sekali).

 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

“Beli 1 Mercedes minta maaf, beli 14 Mercedes banyak pula dalil”

Benarkah jasa Mahathir menyebabkan PH menang PRU-14?

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Terkini

Awas Covid-19: Lagi 3,339 dijangkiti, 240 kes ICU, 10 kluster baharu

Boleh pula menteri rentas negeri, berkumpul makan tidak amal jarak

Ugut tembak, pecah pasu bunga masjid, bapa Bob Lokman didenda RM4,000

Setpol Menteri Sumber Manusia positif Covid-19

Kabur soal calon PM rencatkan Grand Coalition

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production