Peranan Majlis Penasihat Kerajaan dan Jho Low

Peranan Majlis Penasihat Kerajaan dan Jho Low

ULASAN :Kenyataan Datuk Seri Mohd  Najib Razak  mengenai  status Majlis Penasihat Kerajaan (Council of Eminent Persons- CEP)  agak aneh dan ganjil.

Ianya berniat menghasut dan berbau iri hati atas kebijaksanaan Tun Dr Mahathir Mohamad melantik 5 orang yang sangat berpengalaman dan terkenal untuk menasihati Malaysia dibawah Pakatan Harapan (PH) yang buat pertama kali menerajui Kerajaan.

PH sebagai kerajaan baharu menyedari perlunya kebijaksanaan dan pengalaman untuk mengemudi Malaysia selepas lebih 60 tahun hanyut dan sesat dibawah BN.

Siapa tidak kenal Robert Kuok, Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Tan Sri Hasan Marican dan Prof Jomo Kwame Sundaram yang sangat berpengalaman dan di segani dalam bidang masing-masing.

Walau bagaimanapun mereka hanya penasihat dan tiada kuasa eksekutif. Mereka tidak mengambil alih kuasa Kabinet Malaysia.

Ini jauh berbeza dengan Jho Low yang hanya berusia awal 30’an tanpa “track record” terbukti dan hanya “terkenal” selepas skandal mega 1MDB yang menyalahgunakan berbilion ringgit wang Malaysia.

Ingin diingatkan Jho Low berganding rapat dengan Reza Aziz anak Rosmah Mansor. Pengaruh dan “kuasa” Jho Low amat luar biasa dan jauh mengatasi peranan CEP.

Kerosakan 1MDB di bawah Najib ke atas ekonomi Malaysia tersebar dan mengegar seluruh dunia.

CEP di lantik secara rasmi sebagai penasihat oleh Tun Mahathir untuk cuba memulih kerosakan atas 1MDB dan ekonomi Malaysia dibawah Datuk Seri Najib.

Adakah rakyat Malaysia tahu penglibatan dan peranan Jho Low sebelum meletupnya skandal mega 1MDB?

Beberapa pemimpin kanan Umno telah meminta Dato Najib menjauhkan diri dari partinya. Ini adalah kerana Datuk Seri Najib adalah liabiliti besar kepada Umno dan juga BN.

Lagi banyak Datuk Seri Najib bercakap tentang CEP lagi banyak kelihatan kecelaruan pemikiran beliau.

Kerajaan PH jauh berbeza dari BN kerana tiada parti dominan seperti Umno dalam BN. Kami amalkan keputusan melalui kata sepakat dan kalau pandangan nasihat CEP tidak di persetujui ianya boleh di perbetulkan secara demokrasi.

Susah untuk Dato Najib memahami konsep kerajaan “transparent” melalui “consensus” kerana beliau di besarkan melalui nilai feudal dan budaya “autocratic” ala Umno dalam BN.

Kerana itulah trajedi memalukan 1MDB berlaku di bawah kerajaan Datuk Najib apabila orang muda seperti Jho Low dibenarkan menjadi begitu “berpengaruh”.

Dalam kerajaan BN Najib, Joh Low mungkin telah menjadi jauh lebih berpengaruh daripada kelima lima ahli Council of Eminent Persons yang sangat berpengalaman dan jauh lagi di hormati.

Pembentukan CEP bukanlah pilihan, tetapi ianya keperluan yang diwujudkan untuk membaiki kemusnahan ekonomi selepas Datuk Najib menerajui Negara melalui sejarah hitam mega kleptokrasi yang mencemarkan nama Malaysia di mata dunia.

*Penulis adalah Senator Dewan Rakyat merangkap Pengerusi Biro Antarabangsa AMANAH.

10.0
OVERALL SCORE
: 10.0
2 user votes x 10.0