Peranan media diiktiraf, 29 Mei Hari Wartawan Nasional

Peranan media diiktiraf, 29 Mei Hari Wartawan Nasional

Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) yang julung kali diadakan  meninggalkan impak positif apabila ia dilihat mengangkat profesion kewartawanan selain mengeratkan perpaduan fraterniti media tempatan ke arah meningkatkan industri berkenaan.

Lebih 1,000 pengamal media mewakili media cetak, elektronik dan media baharu disertai wakil media dari China dan Indonesia berkumpul di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade di sini untuk sambutan Hawana yang dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Lebih manis apabila perdana menteri mengumumkan 29 Mei sebagai Hari Wartawan Nasional yang akan disambut setiap tahun.

Ini bermakna buat pertama kali dalam sejarah negara, media tempatan kini mempunyai hari khusus bagi mengiktiraf dan meraikan pahit maung perjuangan mereka dalam membantu membela bangsa dan melakar hala tuju pembangunan Negara.

Pada majlis itu, satu deklarasi hasil perbincangan antara pengamal media tempatan dalam sesi wacana yang diadakan, dibacakan Datuk Zulkefli Salleh selaku Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Hawana 2017/2018.

CATEGORIES
TAGS