Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Peranan pusat pengajian Islam bimbing umat islam, elak kekeliruan

Peranan pusat pengajian Islam bimbing umat islam, elak kekeliruan

Oleh BERNAMAJune 16, 2019 1:31 pm




Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah menzahirkan kebimbangan terhadap kecenderungan umat Islam masa kini yang lebih suka mencari jawapan segera dalam talian daripada menimba ilmu dari pusat-pusat keilmuan berkaitan.

Baginda bertitah bahawa kini menjadi trend untuk menolak bimbingan dan nasihat majlis-majlis agama Islam rasmi dan sebaliknya bersetuju tanpa keraguan dengan individu atau kumpulan yang bukan cendekiawan Islam.

“Malangnya, kita membaca banyak komen di media sosial yang menunjukkan kita mencari jawapan segera melalui Google dan tidak sebaliknya menimba ilmu dari dari pusat-pusat seperti Pusat Pengajian Lanjutan mengenai Islam, Sains dan Tamadun (CASIS), dan menghormati para cendekiawan menuntut ilmu daripada cendekiawan yang lebih tua melalui pengajian dan penyelidikan selama beberapa dekad,” katanya.

Titah baginda, apa yang lebih membimbangkan ialah peningkatan bilangan apa yang disifatkan sebagai ustaz dan ustazah Facebook serta imam Google.

Permaisuri Johor bertitah demikian semasa pelancaran dan pemasyhuran pusat itu sebagai Pusat Pengajian Lanjutan mengenai Islam, Sains dan Tamadun Raja Zarith Sofiah (RZS CASIS) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini malam tadi.

Raja Zarith Sofiah menarik perhatian bahawa peranan CASIS dan pusat-pusat pengajian Islam lain di universiti-universiti lain adalah membimbing umat Islam dan mengelakkan kekeliruan dalam amalan dan pemikiran.

“Demi generasi umat Islam yang akan datang, kita harus mengakui bahawa pengetahuan akademik dan bimbingan para cendekiawan Islam adalah satu-satunya cara kita dapat menghormati dan meneruskan legasi yang diwarisi kepada kita beribu tahun yang lalu,” titah baginda.

Baginda juga mengumumkan bahawa Profesor Dr Wan Mohd Nor Wan Daud, pengasas dan bekas pengarah CASIS, sebagai penyandang pertama Kursi Syed Muhammad Naquib Al-Attas dalam Pemikiran Islam yang ditubuhkan di RZS CASIS.

Kursi itu dinamakan sebagai penghormatan kepada pemikir Melayu Islam yang ulung dalam dunia kontemporari.

CASIS mula berfungsi sebagai pusat pengajaran dan pembelajaran di UTM Kuala Lumpur pada 2011.

— BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Tidak perlu tunggu darurat berakhir, Anwar tiada halangan menghadap Agong

Bodek Menteri Pertanian ucap hari jadi, penjawat awam dianggap tiada kerja musim Covid-19

Darurat Muhyiddin untungkan Grand Coalition PH

Terkini

Rakyat biasa dikompaun tapi rombongan Muhyiddin, ahli Bersatu selamba ingkar SOP

Siapa taja serangan terhadap Zahid dalam Umno?

14 meninggal dan 3,631 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini

Bagaimana dunia Islam hadapi Covid-19

PKP seluruh negara, kecuali Sarawak, mulai 22 Januari

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production