Perancangan jangka pendek kerajaan tidak selesaikan masalah graduan perubatan

Perancangan jangka pendek kerajaan tidak selesaikan masalah graduan perubatan

Perancangan jangka pendek kerajaan Barisan Nasional (BN) dilihat tidak mampu menyelesaikan masalah penempatan graduan bidang perubatan untuk latihan pegawai (housemanship).

Teresa KokPerancangan jangka pendek kerajaan Barisan Nasional (BN) dilihat tidak mampu menyelesaikan masalah penempatan graduan bidang perubatan untuk latihan pegawai (housemanship).

Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok dipetik berkata, penempatan housemanship yang diberikan secara kontrak ketika ini tidak dapat menyelesaikan kemelut berkenaan, malah tidak ada jaminan oleh kerajaan bahawa mereka akan dilantik ke jawatan tetap.

“Ini semua berlaku kerana rancangan kontrak itu diambil kira secara ad hoc, sedangkan apa yang diperlukan mereka adalah rancangan jangka panjang bagi menyelesaikan masalah pengangguran di kalangan doktor.

“Penyelesaian jangka panjang itu antara lain adalah untuk mengatasi masalah sebenar dan pokok iaitu kebanjiran penuntut bidang perubatan,” katanya dalam satu kenyataan seperti dilapor media parti itu Roketkini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan rasmi Kementerian Kesihatan bahawa setakat Disember tahun lalu, seramai 1219 graduan perubatan telah ditawarkan kontrak oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Namun, menurut Teresa yang juga Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, semua itu tidak mampu di atasi ekoran kurangnya kemahuan politik Umno-BN.

TAGS