Malaysia Dateline

Perancis catat 900 kes COVID-19 dalam sehari

Penularan wabak COVID-19 dilihat sukar untuk dibendung lagi, terkini di Perancis mengesahkan sejumlah 5,423 kes jangkitan novel koronavirus itu.

Peningkatan sebanyak 923 berbanding sebelumnya, tertinggi sejak virus itu dikesan di negara ini, kata pihak berkuasa pada Ahad.

Setakat ini seramai 127 pesakit maut, daripada jumlah itu 91 kematian didaftarkan pada Sabtu, lapor agensi berita Xinhua.

Pada Sabtu, Perancis meningkatkan paras amaran kepada “tahap tiga”, tahap tertinggi di bawah pelan tindakan pencegahan wabak, yang memerlukan langkah-langkah pengawalan diperkukuh untuk mengurangkan kesan pandemik.

Justeru, kerajaan Itali mengambil langkah separa “lockdown” menyaksikan tempat seperti kafe, restoran dan disko, ditutup sehingga diberitahu kelak.

Bagaimanapun, kedai barangan runcit, farmasi, stesen minyak dan kedai tembakau masih dibuka, lapor Bernama.

Sistem perkhidmatan pengangkutan awam juga beroperasi seperti biasa. Tempat ibadat masih dibuka tetapi semua aktiviti dan acara ditangguhkan.

Tadika, sekolah dan universiti akan terus ditutup “selagi keadaan memerlukan”.