Perancis tidak akan usul resolusi pertikaian terhadap isu nuklear Iran

Perancis tidak akan usul resolusi pertikaian terhadap isu nuklear Iran

Kerajaan Perancis tidak akan menggunakan mekanisme pengusulan resolusi pertikaian terhadap Iran bagi isu nuklear buat masa ini, lapor Reuters.

Pendirian Kerajaan Perancis buat masa ini adalah untuk mendapatkan semua pihak untuk berbincang dan mendapatkan kata putus.

“Ia bukan pilihan buat masa ini,” jelas satu sumber daripada pejabat Presiden Emmanuel Macron merujuk kepada mekanisme pengusulan resolusi pertikaian.

Untuk rekod, mekanisme pengusulan resolusi pertikaian itu, jika terpakai, akan menyebabkan sekatan daripada Amerika Syarikat (AS) kepada Iran berkuat kuasa semula.

Presiden Perancis turut menolak pengumuman yang dilakukan Iran dan berkata bahawa keputusan tersebut melanggar terma perjanjian yang dipersetujui pada tahun 2015.

Macron turut memberitahu rakan sejawatannya dari Iran, Hassan Rouhani, bahawa beliau akan mengusahakan kesemua pihak untuk berdialog pada 15 Julai ini, berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan pada hari Sabtu.

Kenyataan tersebut, walaubagaimanapun, tidak menyebut apakah langkah seterusnya jika dialog itu tidak berhasil.

Presiden Perancis turut tidak menyatakan bahawa pihaknya sudah menyelaraskan usaha ini dengan pihak ketiga atau tidak.

Iran berkata bahawa pihaknya bersedia untuk meningkatkan ‘enrichment uranium’ lebih daripada kadar had di dalam usaha berunding semula terma dalam perjanjian nuklear tersebut.