Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Perang Iran-AS: Malaysia ambil langkah berkecuali

Perang Iran-AS: Malaysia ambil langkah berkecuali

Oleh MAHDAR BUJANG Foto WAN ZAHARI WAN SALLEHJanuary 11, 2020 5:20 pm




Malaysia mengambil langkah berkecualli dan tidak menyebelahi mana-mana pihak khususnya melibatkan konflik Iran dan Amerika ketika ini.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, perang yang dimulai Amerika ke atas Iran bukanlah restu daripada Badan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sebaliknya, jelas beliau Amerika dilihat cuba mengawal kedudukan negara lain dari segi keselamatan dan pentadbiran unrtuk mengikut telunjuk mereka

“Kementerian Pertahanan Malaysia menegaskan tidak pernah terlibat dengan konflik peperangan yang sedang berlaku antara Iran dan Amerika ketika ini.

Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar berucap dalam majlis perjumpaan dengan Jentera Parti AMANAH Sabah di Bilik Gerakan AMANAH di Dewan Undangan Negeri (Dun) Membakut, Sabah hari ini.

“Dan Malaysia sesekali tidak akan berpihak kepada mana-mana kedua kuasa besar itu dan menyerahkannya kepada PBB,” tegas beliau semasa ditemui selepas mengadakan perjumpaan dengan Jentera Parti AMANAH Sabah di Bilik Gerakan AMANAH di Dewan Undangan Negeri (Dun) Membakut, Sabah hari ini.

Turut hadir pada majlis perjumpaan itu ialah Naib Presiden AMANAH yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar dan jentera AMANAH dari seluruh negara yang hadir membantu calon Warisan Datuk Karim Bujang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis kali ini.

Beliau menegaskan, Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan dasar berbaik kepada semua negara kecuali Israel.

Sebelum ini, Menteri Luar , Datuk Saifudfin Abdullah memaklumkan Malaysia memantau rapat perkembangan di Asia Barat secara 24 jam sebelum membuat keputusan memindahkan rakyat Malaysia di Iran dan Iraq.

Ketegangan di Asia Barat kian meruncing susulan kematian Qassem Soleimani, komander tertinggi tentera elit Iran, yang terbunuh dalam serangan dron oleh Amerika Syarikat (AS) berhampiran lapangan terbang Baghdad pada awal pagi Jumaat lalu.

Saifuddin berkata Wisma Putra telah mengeluarkan nasihat perjalanan dan berharap rakyat Malaysia di Iran dan Iraq serta yang ingin membuat perjalanan ke sana perlu mengambil langkah keselamatan.

Terdapat 163 rakyat Malaysia di Iraq yang kebanyakannya adalah kakitangan Petronas dan beberapa orang pensyarah, manakala 73 orang di Iran pula berdaftar dengan Malawakil di Tehran.

Bagaimanapun. dilaporkan ketegangan antara AS dan Iran reda selepas Presiden Donald Trump memberikan kenyataan berkaitan serangan Iran terhadap pangkalan tentera AS di Iraq, Selasa lalu.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Kos RM35.4 juta boleh buat ujian swab lebih 500,000 rakyat Malaysia

Pejabat PM sahkan RM35 juta untuk projek bina 3 dewan bukan 1 dewan

Hanipa minta gerai jual burger dibuka hingga jam 12 malam

Vaksin COVID-19: Khairy kecewakan rakyat Malaysia

4,029 kes baru tertinggi direkodkan hari ini

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production