Perang kenyataan meletus antara calon Pas dan jandanya

Perang kenyataan meletus antara Wan Ismail dan Siti Aishah, jandanya dari Kemboja selepas mahkamah arah keluar waran tangkap.

Perang kenyataan terus berlaku antara calon Pas Ketereh Wan Ismail Wan Jusoh dengan jandanya Siti Aishah Abdullah selepas mahkamah mengarah waran tangkap dikeluarkan ke atas Wan Ismail.

Dalam kenyataannya, Siti Aishah mendakwa, jawapan yang dikeluarkan pihak Wan Ismail ekoran arahan mahkamah itu adalah tidak benar dan mengelirukan.

Menurut beliau, perintah penghakiman secara jelas telah mengarahkan supaya nafkah dibayar kepada akaun BSN beliau sebagai penjaga.

“bukannya di bayar kepada mana mana individu lain dan bukan nya bayar kepada diri sendiri! Pembayaran pada akaun diri sendiri sama macam tak bayar lah,” katanya.

Wan Ismail dalam kenyataannya selepas mahkamah mengeluarkan perintah amaran itu, mendedahkan beliau telah membuat bayaran sebagaimana diarahkan mahkamah.

Beliau juga mendakwa, penyebaran maklumat melalui Facebook Berita Harian bahawa mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap kepada beliau itu tidak benar kerana sehingga kini beliau belum menerima sebarang waran tangkap.

Ia dijawab oleh Siti Aishah, “Memang la tak ada keluar waran tangkap lagi sebab mahkamah buat perintah amaran kelmarin. Tapi kalau tak bayar juga pada 9hb Mei, waran akan sampai lah.”.

Sebelum ini, bekas kadhi Kota Bharu, Che Ibrahim Mohamad berkata, bola kini terletak di kaki polis untuk melaksanakan keputusan mahkamah.

9.2
OVERALL SCORE
: 6.0
5 user votes x 9.8