Malaysia Dateline

Perang lidah dan hegemoni China, AS

Pada Selasa, negara China menuduh Amerika Syarikat menggunakan undang-undang untuk memperkuat hegemoni sebagai tindak balas kepada kritikan terhadap Naib Presiden AS, Kamala Harris ketika lawatannya ke Singapura.

Harris yang sedang dalam jelajah Asia sebagai sebahagian daripada usaha Washington untuk memperkuat pakatannya di hadapan China, menuduh Beijing melakukan intimidasi dan tekanan ke atas negara-negara yang terletak di Laut China Selatan.

“Beijing terus melakukan tekanan, paksaan dan intimidasi serta menuntut sebahagian besar Laut China Selatan,” katanya dalam ucapan yang menggariskan objektif utama dasar pemerintahan Biden terhadap Asia. Wakil Presiden AS itu menekankan bahawa negaranya berada di satu pihak dengan sekutu bersama rakannya dalam menghadapi cabaran ini.

“Amerika Syarikat memfitnah, menindas dan menakut-nakutkan negara lain, tanpa membayar pampasan,” kata jurucakap Kementerian Luar Negeri China, Wang Wenbin.

Berikutan itu, tambah beliau semasa sidang media, Amerika Syarikat selalu menggunakan undang-undang untuk membenarkan egoisnya dan memperkuatkan kuasa hegemoni.

“Tetapi berapa banyak negara yang masih mempercayai ini, dengan memperhatikan bahawa keadaan di Afghanistan jelas menunjukkan konsep undang-undang yang dilaksanakan Amerika Syarikat.”

Negara yang dipanggil Zhongguo (Kerajaan tengah) oleh rakyatnya itu, menuntut sebahagian besar laut yang kaya dengan sumber asli, yang melaluinya trilion dolar perdagangan maritim mampu diperolehi setiap tahun.

Namun, empat negara Asia Tenggara (Brunei, Malaysia, Filipina dan Vietnam) serta Taiwan mempunyai tuntutan berdaulat mengenai apa yang diinginkan negara itu.

Ketegangan meningkat

Ketegangan telah meningkat dalam beberapa bulan terakhir ini antara Beijing dan negara-negara yang menentang tuntutannya di Laut China Selatan.

Manila pula menyatakan kemarahannya setelah melihat ratusan kapal China di zon ekonomi eksklusif, sementara Malaysia mengerahkan pesawat mengejar untuk mengesan pesawat ketenteraan China yang masuk berhampiran pesisirnya.

Kunjungan wakil Presiden AS ke wilayah itu dilakukan setelah lawatan oleh Setiausaha Pertahanan Lloyd Austin, yang mengecam keras tuntutan China di wilayah yang dipertikaikan itu.

Krisis di Afghanistan telah menguatkan keraguan tentang ketahanan sokongan Washington terhadap rakan kongsinya, dan menampakkan bayangan bagaimana lawatan Harris ke Asia Tenggara.

Harris memulakan ucapannya semalam (24 Ogos) dengan menyentuh tentang Afghanistan.

“Kami bersama Afghanistan yang terancam.”

Selepas berucap, beliau mengadakan perbincangan dengan ahli perniagaan terkemuka mengenai masalah rantaian bekalan.

Seterusnya, beliau merancang untuk ke Vietnam di mana beliau akan bertemu dengan pegawai kanannya di sana, hari ini (Rabu).

 

Pegawai Penyiaran dan Komunikasi Pertubuhan IKRAM Malaysia