Perang Russia – Ukraine: Satu nota santai

Oleh ARIF ATAN

Setelah menulis beberapa siri berkenaan perbicaraan Roger Ng di mahkamah Amerika Syarikat (AS)dan diselang-seli dengan kesibukan antara menghadiri sidang Parlimen dan berkempen di PRN Johor, saya ambil masa sebentar untuk mencatat sebuah nota santai mengenai isu perang antara Russia dan Ukraine.

Sebenarnya saya tidak sangka ada juga rakyat dalam negara ini yang bertanyakan saya tentang isu tersebut.

Saya tidak bercadang untuk mengulas isu ini secara terperinci walaupun isu tersebut berjaya menarik minat saya kerana saya juga amat berminat dalam isu-isu yang melibatkan “international relations” .

Jika siapa yang berminat untuk membaca kupasan menarik tentang isu-isu yang melibatkan hubungan antarabangsa dari kaca mata yang agak lebih kritis, sayugia dicadangkan anda membaca buku “the great delusions” karangan seorang Professor dari Universiti Chicago.

Secara mudahnya, isu ini ada kaitan dengan kemarahan Russia terhadap sikap sesetengah negara-negara Barat termasuk Uncle Sam berkenaan hasrat mereka untuk mengembangkan sayap NATO.

Bagi AS dan sekutu-sekutunya, mereka habaq pada Russia bahawa pengembangan sayap NATO ke Eropah Timur (Eastern Europe) tidak ada apa-apa pun dan ianya tidak perlu ditakuti oleh Russia.

Sudah tentulah Russia tidak boleh dengan mudah menerima teori tersebut mentah-mentah.

Perang Russia - Ukraine: Satu nota santai
Perang ada kaitan dengan kemarahan Russia terhadap sikap sesetengah negara Barat termasuk AS yang berhasrat untuk mengembangkan sayap NATO.

Bagi Russia, apabila NATO mengembangkan sayapnya dengan menerima negara-negara seperti Poland, Hungry dan Republik Czech pada tahun 1999, depa masih boleh bertolak ansur lagi.

Begitu juga bila NATO dikembangkan sekali lagi pada tahun 2004 dengan menerima kemasukkan negara-negara seperti Romania, Albania, Croatia, Estonia dll, Russia semakin marah tapi depa masih boleh bersabar lagi.

Orang putih habaq depa (Russia) “play dead” .

Tetapi apabila pada dalam sebuah sidang kemuncak NATO di Bucharest, NATO pi keluar kenyataan rasmi @ “communique” untuk mempertimbangkan kemasukkan Georgia dan Ukraine ke dalam NATO, bagi Rusia, itu dah melampaulah.

Bagi Rusia tindakan NATO tersebut khususnya nak terima Ukraine adalah dianggap satu “existential threat”.

Apabila Ukraine dibenarkan menyertai NATO, maknanya jika Ukraine diserang, NATO wajib bantu depa.

Sekarang, depa tidak bantu dan biarkan Ukraine terkontang-kanting seorang-seorang sebab Ukraine belum secara rasmi menjadi anggota NATO walaupun bagi Russia,Ukraine diangap sebagai “a de facto member of NATO”

Logiknya, sukar juga nak salahkan Russia dalam keadaan sebegitu.

Sudah tentu mereka rasa terancam apatah lagi Ukraine jiran mereka yang paling dekat. Apabila AS misalnya masa era Trump setuju pi jual senjata kat Ukraine, tentulah Russia, orang putih habaq, “spooked” ( takut dan gementar )

Ingat lagi tak, kemarahan AS dalam isu “Cuban Missile Crisis” yang hampir meledakkan perang dunia.

Jika AS pun boleh marah apabila Russia pi hantaq “misssile” di Cuba masa itu di mana Cuba adalah jiran AS, jadi begitulah juga Russia marah sangat dalam isu Ukraine ini.

Itulah corat coret santai saya.