Perangai buang sampah merata-rata pengunjung program permotoran di Terengganu dilabel ‘mentaliti sampah’

Oleh NASUHA RAHMAN

Perangai buang sampah merata-rata pengunjung di program permotoran di Kompleks Sukan Gong Badak, Terengganu semalam dilabel mentaliti sampah oleh warga net yang mengecam perbuatan yang mementingkan diri sendiri itu.

Beberapa foto yang menunjukkan kesemua tempat di kompleks Sukan Gong Badak dipenuhi dengan sampah terdiri daripada bekas plastik.

Foto-foto berkenaan dikongsi di beberapa ‘page’ antaranya Gabungan Anak Terengganu, Kuala Terengganu Residen turut mengundang kecaman warga net yang menyifatkan rakyat negeri itu tiada kesedaran sivik dan mentaliti sampah.

Pada awalnya Bernama berkongsi foto berkenaan dan ramai dalam kalangan warga net tidak menyalahkan pihak pengurusan sebaliknya menyalahkan sikap yang ditunjukkan oleh orang ramai itu sendiri.

Perangai buang sampah merata-rata pengunjung program pemotoran di Terengganu dilabel 'mentaliti sampah'

Perbuatan sedemikian mencerminkan tahap kesedaran masyarakat Malaysia terhadap kebersihan alam sekitar yang masih belum ‘merdeka’ kerana sentiasa mengharapkan pekerja pembersihan mengutip sampah dan sisa makanan serta minuman mereka.

“Pengunjong yang mari ni semua besor belaka doh, bokeh fikir dengan waras.. jadi boleh mikir sendri sampoh jangan buang merata.. pihak penganjur pon dah ada sedia tong sampah.. Harap dijadikan pedoman untuk event akan datang,” tulis seorang warga net.

Ada yang menyalahkan pihak penganjur yang tidak bersedia untuk membuat program ini seperti tidak menyediakan tong sampah yang mencukupi.

Bagaimanapun keadaan ini tidak akan berlaku jika pengunjung itu sendiri mempunyai sikap tidak mementingkan diri sendiri.

Perangai buang sampah merata-rata pengunjung program pemotoran di Terengganu dilabel 'mentaliti sampah'

“Bukan salah penganjur boss… Ni salah individu… X de kesedaran sivik… X reti nk jaga kebersihan..,” komen Jamzili Jaafar Zamjaafar.

“Kalau ada kesedaran sivik, boleh je masing² wat balik tohok dlm tong sampah kat rmh…dok pun kalau dok cukup tong sampah sekalipun, buang laa setempat di sekitar tong sampah..nie memang peseng malah!,” komen CMac Hazwan.

“Bab sapoh ni nok ajor lagu mana lagi ye.. jgn maroh lah kalu org kata kita masih lg dgn minda kelas ketiga..,” tulis Mohd Sopey Husin.

Baca juga: Exco Kelantan Datuk Panglima Perang patah kaki akibat kemalangan di Mesir

Baca juga: Tak lagi aktif di Facebook, ramai remaja layan TikTok, YouTube