Malaysia Dateline

Peras ugut ibu mahukan duit, si anak pura-pura jadi tebusan siap letak pisau dileher akhirnya kantoi

Tindakan si anak memeras ugut ibunya kerana mahukan duit sehingga berpura-pura menjadi tebusan akhirnya kantoi apabila berjaya ditahan polis.

Wanita di Sepanyol ini telah ditangkap apabila menuntut 43,000 pound sterling (kira-kira RM222,200) daripada ibunya.

Dalam klip video yang mengerikan itu memaparkan wanita itu ditutup matanya, dengan darah palsu menitis dari mulutnya selain menunjukkan seorang individu berpakaian hitam dan memakai sarung tangan sambil memegang pisau di leher wanita itu.

Mirror UK melaporkan dia merayu supaya wang tebusan dibayar.

Susulan video itu, Pengawal Awam Sepanyol menahan empat ahli keluarga kepada teman lelaki gadis itu atas dakwaan cubaan peras ugut.

Tindakan wanita terbabit dikatakan bukan kali kali pertama di mana sebelum ini, si ibu pernah menyerahkan 39,000 pound sterling (kira-kira RM201,500) kepada pemeras ugut selepas menerima surat ugutan terhadap anak perempuannya.

Dalam pada itu, Pengawal Awam Sepanyol dalam kenyataan menjelaskan mengenai kes berkenaan.

“Guardia Civil, dalam rangka Operasi Santero, sudah menahan lima individu daripada keluarga yang sama di Tenerife, kerana memeras wang daripada seorang wanita dengan mensimulasikan penculikan anak perempuan (mangsa).

“Selepas menerima video di mana wanita muda itu kelihatan terikat dan dengan pisau di lehernya, mangsa mengeluarkan jumlah 50,000 euro (kira-kira RM222,575) dari sebuah bank untuk membayar pembebasan anak perempuannya,” katanya.

Kenyataan itu kemudiannya menjelaskan cara ibu menyerahkan wang kepada ‘penculik’.

“Pada masa sama, penyiasat mendapati mangsa ditipu sekurang-kurangnya tiga kali sebelum ini, di mana dia menyerahkan sejumlah 45,000 euro (kira-kira RM200,293) selepas menerima tiga surat berisi ancaman terhadap nyawa anak perempuannya,” katanya.

Baca juga: Ahli Parlimen Australia tidak lupa asal usul berucap guna bahasa Melayu dalam sidang Parlimen

Baca juga: Masa cuti sekolah je semua jadi harga yahudi, netizen tak puas hati peniaga naik harga tinggi