Perasan tak lubang kecil dekat penapis? Rupanya ada kegunaan yang ramai tak tahu

Oleh MAISARAH AISYA

Bagi mereka yang suka buat kuih atau kek mesti ada pelbagai jenis alat digunakan semasa menyediakan bahan.

Setiap alatan tu pula ada fungsi yang tersendiri tapi ramai tak tahu dan ingat ia sekadar reka bentuk sahaja.

Pernah tak beli alat penapis besar, mesti perasan dekat hujungnya ada lubang kecil tapi tak pernah tahu fungsinya apa.

Ikuti perkongsian pengguna TikTok @jason_jezi mengenai kegunaan lubang kecil tersebut, rupanya bukan untuk gantung kat dinding.

Kalau perasan, masa kita guna alat penapis letak atas mangkuk besi untuk menapis tepung, mesti alat tersebut akan jatuh.

Rupanya anda perlu masukkan sudu besar dalam lubang kecil tu barulah tepung tak berterabur dan alat penapis kekal di atas mangkuk besi tersebut.

Rata-rata netizen baru mengetahui hal itu dan pada mulanya ingat lubang tersebut digunakan untuk memudahkan mereka menggantung alatan tersebut.

“Bukan lubang tu untuk gantung penapis ke.

“23 tahun hidup baru tahu fungsi lubang tu. Ingatkan main sangkut.

“Laaa rupanya. Saya ingat untuk gantung kat penyangkut dinding je,” antara komen netizen.

Baca juga: Cuci barang kemas ‘diy’ dalam masa 5 minit! Boleh melaram di hari raya, nampak ‘shining’ macam baru beli