Malaysia Dateline

Perasuah di negara kita dipandang mulia, pemuda di Sweden ini saksi kelas pekerja dihormati

Perasuah berprofil tinggi di negara kita terdiri daripada golongan elit yang bukan sahaja menindas orang lain bahkan menghabiskan harta negara tetapi ‘uniknya’ rata-rata mereka ini dipandang mulia dalam masyarakat.

Status sosial dan ekonomi yang mereka miliki pula menyaksikan golongan pekerja bawahan daripada kelas berpendapatan 40 peratus terendah (B40) diperlekeh secara langsung mahupun tidak langsung.

Gejala penghinaan terhadap golongan miskin ini juga dilihat tidak terkecuali dilakukan oleh mereka yang bergelar pensyarah.

Ikuti cerita seorang rakyat Malaysia, ALI ABD JALIL yang sudah beberapa tahun bermastautin di Sweden menceritakan pengalamannya dulu ketika beliau pernah belajar di sebuah kolej MARA:

“Pensyarah saya suka hina pekerja working class. Ada dalam kalangan classmates saya anak petani, peneroka Felda, peniaga pasar malam dan sebagainya.

Apabila pensyarah tanya apa pekerjaan ibu bapa dalam kelas, sesetengah anak kelas pekerja ini malu nak cakap.

Bukan sebab mereka malu jadi anak petani, tapi sebab mereka dipandang hina. Pensyarah ini pula suka jadikan pekerja working class ini bahan ketawa. Kononnya, mahu motivasi pelajar JANGAN JADI SEPERTI IBU BAPA MEREKA.

Apabila saya sampai Sweden. Classmates saya daripada pelbagai negara dan latar belakang. Ada pelarian, economy migrant, ahli akademik, atlet, kahwin orang Sweden dan macam-macam.

Dalam kelas, kami tidak ditanya ibu bapa kerja apa sebab itu soal privasi. Ramai pelarian dan working class ini dapat good mark dalam studies. Padahal, mak bapak mereka orang susah.

Lihat apa jadi di Malaysia. Yang rasuah jutaan dan bilion ringgit ini adalah menteri, sultan, CEO, ketua pengarah kerajaan.

Yang polis peras ugut pekerja asing, pusat judi dan rumah pelacuran. Mereka rasuah tapi dipandang mulia. Working class bekerja dengan jujur, tetap dipandang hina.”

Baca juga Duduk Malaysia memang sangat susah, wanita ini kongsi pengalaman dapat banyak simpan duit kerja di UK

Baca juga Satu per tiga rakyat Malaysia mahu cari kerja lain untuk dapat gaji lebih tinggi, majoriti mahu kerja hibrid