Peratusan keluar mengundi PRK Balakong, Seri Setia merosot berbanding Sungai Kandis

Peratusan keluar mengundi PRK Balakong, Seri Setia merosot berbanding Sungai Kandis

Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Seri Setia dan Balakong rendah berbanding PRK Dun Sungai Kandis.

Statistik dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini bagi N27 Balakong dan N32 Seri setia tidak sampai 50 peratus keseluruhan dua kawasan berkenaan.

N27 Balakong mencatatkan 43 peratus keluar mengundi dan N32 Seri Setia  44 peratus sehingga jam 5.30 petang tadi.

Jika dibandingkan dengan PRK Dun Sungai Kandis mencatatkan 49.8 peratus pada 4 Ogos lalu.

Peratusan yang merosot di dua kawasan memang sudah dijangka banyak pihak sebelum ini walaupun SPR menaruh harapan di kawasan N27 dan N32 peratusan keluar mengundi akan meningkat 70 peratus. Ia tidak menjadi kenyataan hari ini walaupun masa mengundi dilanjutkan sehingga jam 5.30 petang.

Begitu juga dengan kerja keras calon-calon bertanding untuk berkempen dan peranan Jabatan Penerangan mengiatkan usaha memberikan kesedaran kepada pengundi agar mereka keluar membuang undi hari ini.

Seramai 62,188 pengundi di Dun Balakong dan 50,722 pengundi di Dun Seri Setia yang layak membuang undi hari ini.

Pegawai SPR sedang menunggu peti-peti undi  tiba  di Pusat Penjumlahan Undi di Dun Balakong dan Dun Seri Setia petang ini.

Kebarangkali peratusan keluar mengundi rendah sudah dijangka dalam kajian yang dilakukan Institut Darul Ehsan pada Khamis lalu.

Antara punca menjadi faktor kemerosotan keluar mengundi kerana faktor persempadanan semula kawasan pilihan raya oleh SPR membabitkan Dun Sungai Kandis dan Dun Seri Setia.

Selain faktor pengundi di tiga Dun itu selesa dengan kemenangan Pakatan Harapan di Selangor dan membentuk kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Umum ke-14 9 Mei lalu, antara sebab mereka tidak menjadikan keluar mengundi sebagai keutaaan dalam PRK kali ini di negeri Selangor yang memasuki tiga penggal pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan.

Proses penjumlahan undi PRK Dun Balakong akan dilakukan di Dewan Utama Demesne Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat di Bandar Baru Bangi, manakala bagi DunSeri Setia pula adalah di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) keputusan rasmi dijangka diumumkan seawal 9 malam dan selewat-lewatnya pukul 10 malam ini.

PRK Balakong dan Seri Setia diadakan serentak merupakan PRK kedua selepas PRK Sungai Kandis pada 4 Ogos lalu yang memberikan kemenangan kepada calon PH Ustaz Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

PRK N27 Balakong akan menyaksikan calon PH Wong Siew Ki akan berentap dengan calon MCA Tan Chee Teong.

Manakala PRK N32 Seri Setia akan menyaksikan pertembungan antara calon Pakatan Harapan, Halimey Abu Bakar dan calon Pas, Dr Halimah Ali.

Pada PRK ‘berkembar’ kali ini buat pertama kali Pakatan Harapan mengunakan logo ‘Harapan’ dan di Balakong BN pertama kali mengunakan logo parti komponen MCA.

Baca: Pembuangan undi hari ini

 

 

5.0
OVERALL SCORE
1 user vote x 10.0
CATEGORIES