Peratusan undi PH meningkat di Sungai Kandis

Sokongan pengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Kandis semalam meningkat kepada enam peratus, kata penganalisis Ahmad Sayuti Bashiron.

Menurutnya, Pas terus hilang enam peratus sokongan daripada penyokong tegar parti itu sekiranya peratus sokongan Umno kekal 27 peratus.

Beliau berpendapat keputusan PRK itu juga dilihat sebagai mesej rakyat yang menolak politik kebencian sekalipun Umno berjaya mengajak Pas bersekongkol memainkan isu bangsa dan agama.

“Dan pada masa sama, rakyat mahu memberikan peluang buat Pakatan Harapan untuk terus berusaha melaksanakan manifesto yang dijanjikan dalam PRU-14 lalu,” ujarnya.

Sehubungan itu, Ahmad Sayuti berkata, tiada pilihan buat PH selain terus memanfaatkan mandat dan amanah yang diberikan rakyat untuk terus berbakti kepada ummah dan negara.

Pakatan Harapan (PH) mengekalkan kerusi Dun Sungai Kandis dengan majoriti 5,842 undi apabila calonnya, Mohd Zawawi Ahmad Mughni memperoleh 15,427 undi.

Sementara itu, calon BN, Lokman Noor Adam hanya mendapat 9,585 undi manakala calon Bebas, K. Murthy dengan 97 undi.

Berbanding keputusan PRU-14, PH mengalami kemerosotan 8,571 undi iaitu penurunan 35.7 peratus.‬

Bagi gabungan BN-Pas pula merosot 9,506 undi iaitu daripada 19,091 undi pada 9 Mei lalu kepada 9,585 undi dengan penurunan sebanyak 49.8 peratus.

PKR Sungai Kandis diadakan apabila Allahyarham Mat Shuhaimi Shafiei, 50, yang menang kerusi itu dalam PRU-14 lepas meninggal dunia akibat kanser limfoma, 2 Julai lalu.

8.8
OVERALL SCORE
: 10.0
3 user votes x 8.3
CATEGORIES
TAGS