Perbalahan agama: Kerajaan tunggu maklumbalas sebelum pinda akta

Perbalahan agama: Kerajaan tunggu maklumbalas sebelum pinda akta

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Kerajaan masih menunggu maklum balas dari negeri-negeri sebelum meneruskan untuk meminda tiga akta berkaitan penukaran agama bagi menangani perbalahan terutama mengenai penukaran agama melibatkan kanak-kanak, hak penjagaan dan harta.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata draf pindaan itu telah siap sejak 2009 tetapi menteri bertanggungjawab bagi hal ehwal agama masih mengumpul maklum balas mengenai pindaan yang dicadangkan.

“Ada beberapa negeri yang belum memberi maklum balas…mungkin mereka perlu berbincang dengan kumpulan-kumpulan yang berkepentingan berhubung perkara itu,” kata beliau kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen semalam.

Ketiga-tiga akta itu ialah Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164), Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505) dan Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303).

Terdahulu, semasa menjawab soalan P. Kasthuriraani (DAP-Batu Kawan) semasa sesi soal-jawapa, Nancy melahirkan komitmen peribadi untuk menyelesaikan itu tersebut dengan melaksanakan reformasi undang-undang sambil berkata beliau tidak mahu agamanya disalahguna oleh individu untuk kepentingan peribadi.

TAGS