Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Perbelanjaan pembangunan Belanjawan 2020 diguna pada tahun yang sama, kata Lim

Perbelanjaan pembangunan Belanjawan 2020 diguna pada tahun yang sama, kata Lim

Oleh BERNAMAJanuary 10, 2020 4:26 pm




Kementerian Kewangan akan mengambil langkah-langkah perlu untuk memastikan perbelanjaan pembangunan yang diperuntukkan di dalam Belanjawan 2020 akan digunakan pada tahun yang sama, kata Menteri, Lim Guan Eng.

Ini berikutan perbelanjaan pembangunan di bawah Belanjawan 2019 terpaksa dibelanjakan pada tahun ini selepas tidak digunakan semasa tahun lepas berikutan masalah dalaman operasi.

“Masalah dalaman dan birokrasi itu telah ditangani oleh pihak Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan,” katanya pada perhimpunan bulanan kementerian dan melancarkan kad pencapaian 2019, di sini hari ini.

Mengulas perbelanjaan pembangunan bagi Belanjawan 2019, beliau berkata Kementerian Kewangan mengagihkan peruntukan kepada semua kementerian pada Januari namun sesetengah kementerian hanya menyalurkan dana itu kepada agensi dan jabatan masing-masing pada Mei.

Beliau berkata ini telah melambatkan proses tender apabila ia dilaksanakan pada tiga atau empat bulan selepas itu.

“Jadi, bila dijalankan pada September atau Oktober, ia (tender) hanya diberikan pada Disember. Oleh itu, wang dibelanjakan pada 2020 dan bukan 2019,” katanya.

Lim berkata susulan perbelanjaan yang tidak sempat digunakan pada tahun lepas sehingga dibawa ke tahun ini, maka ia akan memberi kesan positif berganda kepada pertumbuhan ekonomi negara pada 2020 dari segi perbelanjaan pembangunan.

Beliau berkata selain itu, ekonomi domestik tahun ini turut akan disokong oleh beberapa perkembangan positif termasuk keredaan perang perdagangan di antara Amerika Syarikat dengan China yang akan merancakkan pertumbuhan ekonomi global, aliran harga komoditi, pembaharuan institusi yang membuahkan hasil, serta aliran portfolio pelabur asing yang mencerminkan keyakinan pelabur.

Di samping itu, antara pencapaian pada 2019 adalah pelaksanaan reformasi institusi yang dijangkakan mengurangkan risiko pendedahan hutang untuk tempoh 20 tahun akan datang, rasionalisasi hutang dan liabiliti, pengukuhan fiskal yang berjaya menurunkan defisit fiskal daripada 3.7 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar pada 2018 kepada 3.4 peratus pada 2019, katanya.

Selain itu, Malaysia berjaya mengekalkan penarafan kredit pada tahap A- atau A3 dengan unjuran stabil atas faktor kerajaan kini lebih telus dalam pengurusan fiskal, kedudukan negara meningkat ke tahap lebih baik dalam Indeks Menjalankan Perniagaan, peningkatan pelaburan langsung asing sebanyak 10.3 peratus kepada RM667.5 bilion pada suku kedua 2019 daripada RM605.1 bilion pada 2018.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Darurat demi kedudukan Muhyiddin tapi rakyat tambah derita

Tidak perlu tunggu darurat berakhir, Anwar tiada halangan menghadap Agong

Bodek Menteri Pertanian ucap hari jadi, penjawat awam dianggap tiada kerja musim Covid-19

Terkini

Siapa taja serangan terhadap Zahid dalam Umno?

14 meninggal dan 3,631 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini

Bagaimana dunia Islam hadapi Covid-19

PKP seluruh negara, kecuali Sarawak, mulai 22 Januari

Lagi Menteri disahkan positif Covid-19

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production