Malaysia Dateline

Perbincangan dengan Pas: Inisiatif PKR bukan sekutu, kata Azmin

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamad Azmin Ali mempertahankan perbincangan partinya dengan Pas walaupun tidak disenangi sekutu lain dalam Pakatan Harapan.

“Pada asasnya, saya sedang berbincang dengan Pas. Ini adalah inisiatif PKR, tidak ada kena mengena dengan Pakatan Harapan.

“Saya tidak boleh mewakili Pakatan Harapan, keputusan ini dibuat oleh PKR untuk mengekalkan dan meneruskan perbincangan dengan PAS,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Lembu Qurban di Masjid At-Taqwa, Selayang Baru, Gombak hari ini seperti dilapor Malaysiakini.

Azmin dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini bertemu dengan Hadi, Sabtu lagi.

Azmin mengakui sedang mengadakan perbincangan “sangat tidak rasmi” dengan parti itu, walaupun PAS telah memutuskan kerjasama politik mereka dengan PKR.

{loadposition myposition}