Percaturan PH penentu sokongan pengundi

Percaturan PH penentu sokongan pengundi

Parlimen Ayer Hitam adalah sebuah parlimen yang unik terletak di negeri Johor memperlihatkan senarai pengundi majoriti kaum melayu yang tinggi dan diwakili oleh Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN).

Tinjauan dilakukan untuk mengenal pasti pendapat dan pandangan penduduk di sekitar parlimen tersebut khususnya di kawasan Dun Semarang yang  menyaksikan majoriti yang diperolehi BN di Dun tersebut sebanyak 8,075 undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

Zaihan Zakaria

Bertemu dengan seorang penduduk tempatan Zaihan Zakaria,59, beliau memberitahu kawasan kampung di sekitar Dun Semarang menampakkan perubahan dari segi sokongan.

Lebih mesra dengan panggilan Babab dikalangan penduduk setempat, beliau telah menceritakan lebih lanjut bagaimana perubahan yang dikatakan itu boleh berlaku.

Gelombang suara kebangkitan orang kampung telah menjadi igauan yang kuat terhadap seorang penggerak seperti Babab.

Penulis ditemani Babab memasuki 11 kampung untuk bertemu penduduk yang berada di Dun Semarang bagi meninjau perubahan yang dikatakan Babab sedang berlaku.

Pemilihan rumah penduduk dilakukan secara rambang kerana sukar untuk mendapatkan kerjasama dalam tinjauan dilakukan ini.

Babab mendakwa penduduk disitu lebih menganggap orang luar yang ingin bertanyakan soalan adalah kakitangan kerajaan atau pun pihak polis jadi mereka takut untuk memberikan sebarang maklum balas.

Ketika berada di Kampung Talang Benut, telah menjawab persoalan berkenaan dengan senario politik di situ.

Antara responden yang memberikan kenyataan dalam lingkungan usia sekitar 40-an, memberikan respon yang positif terhadap gerakan Pakatan Harapan (PH) yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Daripada pelbagai maklumat yang diterima dikalangan responden mereka sangat memahami dengan senario politik di Malaysia.

Antaranya ketokohan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak turut dipertikaikan dan responden memberikan kredit kepada Dr Mahathir.

Indikator ini sangat menarik bagi mereka menjalankan gerak kerja sebagai seorang jentera parti PH.

Dalam tinjauan di 11 kampung yang dilawati memperjelaskan lagi suara mereka yang senada untuk menolak kepimpinan Najib dan memberi peluang kepada Dr Mahathir.

Dapatan ini selari dengan kajian daripada Institut Darul Ehsan (IDE) yang menyatakan terdapat peningkatan sokongan daripada luar bandar selepas Konvensyen PH Nasional.

Sesi temubual dengan beberapa penduduk kampung diadakan bersama penulis.

Percaturan dimainkan oleh Pakatan Harapan

Namun berlaku satu kepincangan sekiranya percaturan yang salah dilakukan oleh PH.

Majoriti orang melayu di bawah Parlimen Ayer Hitam tidak bersetuju dengan kemasukkan parti DAP bagi mewakili suara perubahan rakyat di parlimen Ayer Hitam.

Mereka lebih mahukan parti yang bertanding di Parlimen adalah dari kalangan parti Bersatu atau AMANAH. Mereka mahu calon pembangkang Melayu sebagai ahli parlimen di Ayer Hitam.

Penduduk maklum berkenaan dengan keadaan Bersatu yang akan bertanding di Dun Semarang dan DAP yang akan bertanding di Dun Yong Peng.

Mereka mengeluarkan kenyataan agar kerusi parlimen Ayer Hitam diberikan kepada AMANAH. Respond ini boleh diterima sekiranya tinjauan ini dibuat ke peringkat suara hati rakyat.

Suara mereka yang menyatakan sekiranya tidak ada calon dari orang melayu, maka mereka akan membuat undi rosak terhadap parlimen dan memberikan undi kepada Bersatu diperingkat Dun.

Inilah senario yang berlaku. Kebangkitan rakyat itu wujud namun perlulah ditampung dengan kebijaksanaan pemimpin.

Baca: Pakatan Harapan yakin tawan Kepala Batas

4.8
OVERALL SCORE
3 user votes x 6.3
CATEGORIES