Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Perda4U  tingkat pendapatan golongan sasar
Mohamed Haniff bersama peserta Perda4U kelmarin.

Perda4U tingkat pendapatan golongan sasar

MOHD ALI HASHIMMay 6, 2019 7:00 am




Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) yang merupakan sebuah agensi kerajaan senantiasa mendekati masyarakat khususnya di kawasan luar bandar melalui pelbagai program.

Manakala Perda4U ditubuhkan atas dasar Perda sebagai sebuah agensi membantu masyarakat melalui pelbagai program pembangunan insan.

Demikian dinyatakan oleh Pengerusinya, Mohamed Haniff Khatri Abdullah ketika ditemui kelmarin.

Menurut beliau lagi, antara program yang dilaksanakan ialah program bantuan kemiskinan, peningkatan pendapatan golongan sasar, kursus jati diri dan pengurusan kewangan.

Selain itu ia juga mengadakan program peningkatan akademik pelajar-pelajar luar bandar dalam usaha memastikan mereka tidak ketinggalan daripada arus kemajuan.

Mohamed Haniff Khatri Abdullah (dua dari kanan) semasa program Perda4U.

“Program yang disasarkan termasuklah kepada golongan fakir miskin, miskin tegar, ibu tunggal, warga emas dan wanita yang tiada perlindungan.

“Perhatian juga turut diberikan kepada belia, kanak-kanak serta mereka yang terlibat dengan gejala sosial.

“Usahawan Mentor Mentee, Food Bank, pusat pengumpulan barangan dan keperluan asas harian, latihan dan bimbingan adalah antara program yang diharapkan dapat membantu golongan yang memerlukan keluar dari belenggu kemiskinan,” tegasnya lagi.

Beliau juga berkata, adalah menjadi harapan program yang akan dilaksanakan tersebut mampu untuk memperbaiki taraf sosio ekonomi masyarakat kawasan luar bandar di Pulau Pinang.

“Bagi program usahawan Mentor Mentee, golongan miskin, belia, ibu tunggal dan wanita merupakan golongan sasaran yang akan diberi prioriti.

“Manakala Food Bank akan turut menyasarkan golongan gelandangan serta mereka yang miskin.

“Untuk program pusat pengumpulan barangan dan keperluan asa harian pula mereka yang disasarkan untuk diberi tumpuan adalah golongan miskin, ibu tunggal dan warga emas, ” katanya.

Sementara itu tambahnya, bagi latihan dan bimbingan pula, golongan sasaran adalah belia dan wanita yang akan diberi latihan dan bimbingan berbentuk latihan kemahiran jangka pendek, kursus motivasi serta kursus pengurusan kewangan.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Kos RM35.4 juta boleh buat ujian swab lebih 500,000 rakyat Malaysia

Pejabat PM sahkan RM35 juta untuk projek bina 3 dewan bukan 1 dewan

Hanipa minta gerai jual burger dibuka hingga jam 12 malam

Vaksin COVID-19: Khairy kecewakan rakyat Malaysia

4,029 kes baru tertinggi direkodkan hari ini

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production