Perdagangan dua hala Malaysia-UAE meningkat 15 peratus, kata Duta EU

Perdagangan dua hala Malaysia-UAE meningkat 15 peratus, kata Duta EU
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa (kanan) bersama Duta Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke Malaysia, Khalid Ghanim Mohammad Al-Ghaith (kiri) ketika hadir pada majlis sambutan Hari Kebangsaan UAE 2018 di sebuah hotel, malam ini. -- fotoBERNAMA

Perdagangan dua hala antara Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Malaysia berjumlah US$ 6.1 bilion tahun lepas, meningkat 15 peratus berbanding tahun sebelumnya, kata Duta Besar UAE ke Malaysia Khalid Ghanim AlGhaith .

Daripada jumlah itu, eksport semula produk UAE di pasaran global bernilai US$ 3.5 bilion, katanya semasa berucap pada majlis sambutan kemerdekaan ke-47 negara itu di kedutaan di sini Isnin.

Mengulas mengenai hubungan yang semakin meningkat antara kedua-dua negara, AlGhaith berkata ikatan itu berdasarkan prinsip kerjasama dan saling menghormati.

“UAE adalah rakan dagang terbesar Malaysia di Asia Barat dan Timur Tengah,” kata duta itu.

Mengenai kerjasama kedua-dua negara dalam isu pelarian Rohingya di Cox Bazar, UAE menyumbangkan peralatan dan kemudahan perubatan serta kenderaan untuk Hospital Medan Malaysia, sementara Malaysia menyediakan kepakaran dan kakitangan perubatan.

“Kami juga menyediakan bantuan kemanusiaan kepada pelarian Rohingya dengan kerjasama NGO tempatan seperti Humanity Malaysia serta Pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) di Malaysia,” kata AlGhaith.

Tetamu kehormat pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.