Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Perdana Menteri pilihan Mitsotakis janji buat Greece ‘bangga’

Perdana Menteri pilihan Mitsotakis janji buat Greece ‘bangga’

NIK LUQMAN WAN ZAINODDINJuly 8, 2019 5:00 pm




Calon parti konservatif yang menjadi Perdana Menteri-pilihan Kyriakos Mitsotakis berjanji akan membuatkan Greece ‘bangga’ ketika mana negara tersebut sedang memasuki era ‘pekerjaan, keselamatan dan pembangunan’ selepas memenangi pilihanraya umum baru-baru ini, lapor AFP.

Keputusan rasmi menunjukkan bahawa Mitsotakis berada di landasan yang betul untuk mengalahkan parti haluan kiri Alexis Tsipras.

“Satu pusingan sengsara sudah berhenti,” kata Mitsotakis ketika bersiaran di televisyen dan menambah bahawa Greece akan “dengan bangganya mengangkat negaranya semula,”.

Beliau turut menjelaskan, “Saya tidak akan menghampakan harapan semua,” yang kemudiannya menerima ucapan tahniah daripada Ketua Komisi Eropah, Jean-Claude Juncker dan Presiden Turki, Recep Tayyib Erdogan.

“Saya ingin melihat rakyat ini maju dan makmur bersama. Saya mahu melihat anak jati Greece pulang ke negara ini,” jelas beliau kepada penyokong partinya.

Mitsotakis dijadualkan untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Greece pada hari Isnin ini.

Untuk rekod, Mitsotakis adalah anak kepada bekas Perdana Menteri Constantine Mitsotakis, salah seorang ahli politik yang paling lama berkhidmat sebagai ahli parlimen Greece.

Manakala kakaknya pula ialah Dora Bakoyannis, bekas Menteri dan Datuk Bandar wanita pertama bagi Athens. Dan sekarang ini Datuk Bandar yang berkhidmat bagi Athens adalah sepupunya, iaitu Costas Bakoyannis.

Mitsotakis turut berjanji untuk mencipta lebih banyak peluang pekerjaan yang lebih baik melalui program-program pembangunan, pelaburan asing, skim pemotongan cukai untuk memudahkan industri perniagaan.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Pelakon watak Atan & Atok uzur tidak mampu makan dan minum

Covid-19: Tengok orang mati depan mata, pesakit mengelupur bekalan oksigen dibuka

Terkini

Selepas 12 hari dirawat, Tok Pa pulih Covid-19

‘China bina hospital dengan segera, Malaysia bina dewan ketika darurat’

China bina kem kuarantin tampung 4,000 pesakit Covid-19

MAFI dicadang segerakan Program Bakul Kasih Sayang bantu rakyat miskin

Kes Covid-19 terus tinggi, lagi 3,170 kes baharu, 41,755 kes aktif hari ini

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production