Malaysia Dateline

Perdana Menteri UK digelar ‘Rishi Rich’ Sunak-Berapa banyak kekayaan yang dia ada?

Selepas pengunduran Liz Truss Rishi Sunak akan dilantik sebagai Perdana Menteri (PM) United Kingdom yang baru namun beliau digelar sebagai ‘Rishi Rich’ Sunak sudah tentu seorang yang kaya raya.

Ramai yang rasa ingin tahu tentang kekayaan yang dimiliki oleh PM baru yang berketurunan India ini. Berapa banyak kekayaan yang dia ada.

Tahun ini, The Times of London menganggarkan bahawa Encik Sunak dan isterinya, Cik Akshata Murty, bernilai lebih daripada AS$800 juta (S$1.1 bilion), meletakkan mereka dalam kalangan 250 orang atau keluarga Britain terkaya.

Walau apa pun jumlah sebenar tidak dipastikan namun kekayaannya itu boleh dikaitkan dengan orang biasa ekoran Rakyat Britain bergelut dengan krisis kos sara hidup yang melumpuhkan.

Lagipun, dia akan mengawasi langkah-langkah sukar untuk menarik negara keluar dari masalah kewangan yang mendalam dan mengelakkan kemelesetan.

Pada bulan Ogos, Encik Sunak menghadapi soalan mengenai kekayaan peribadinya secara langsung bahkan beliau menegaskan walaupun dia bernasib baik berada dalam kemewahan, hakikatnya dia tidak “dilahirkan seperti ini”.

“Saya fikir di negara kita, menilai orang bukan dengan akaun bank mereka; kami menilai mereka dengan akhlak dan perbuatan mereka,” katanya.,

Ramai memanggilnya “Rishi Rich” ditambah pula isterinya, seorang pereka fesyen merupakan anak kepada jutawan teknologi India.

Pasangan ini mempunyai rumah di London; kawasan parlimennya di Yorkshire, England; dan di Santa Monica, California.

Dia dilahirkan di Southampton, England, bapanya merupakan seorang doktor dan ibunya menjalankan perniagaan farmasi.

Dia belajar din Kolej Winchester, salah satu sekolah paling elit di Britain mendapat ijazah dari Universiti Oxford dan Universiti Stanford serta menjana kekayaan sendiri sebagai jurubank pelaburan di syarikat seperti Goldman Sachs sebelum memasuki Parlimen pada 2015 dan menjadi canselor Exchequer pada 2020 pada usia 39 tahun.

Tahun ini, Encik Sunak nampaknya cuba menyerlahkan dirinya sebagai rakyat Britain biasa, menggunakan kiasan politik yang usang dengan meneroka ke kedai untuk membeli barangan.

Baca juga: Menjelang penamaan calon-Kertas pencalonan nampak ‘simple’ tapi kenapa ditolak?

Baca juga: Tindakan dilakukan dua rider ini kepada warga emas, buat netizen nak mengalir air mata