“Perempuan tu tanpa rasa bersalah bagitahu dia tidur dengan suami, rasa bangga rosakkan hubungan orang lain…”

Oleh MAISARAH AISYA

Tak dinafikan manusia sukar mengawal nafsu tapi mengapa perlu terlihat bangga menghancurkan rumah tangga orang lain.

Sudahlah porak perandakan hubungan orang, tanpa segan silu nak berjumpa dengan pasangan sah konon nak berkahwin.

Seorang wanita terkedu apabila suami memaklumkan ada seorang perempuan mahu bertemu dan mengakui pernah sekali terlanjur dan sangat menyesali perbuatannya.

Aku dan suami dah berkahwin lebih dari 10 tahun. Kehidupan perkahwinan kami sangat bahagia. Dikurniakan seorang anak perempuan yang comel dan cerdas.

Kami juga boleh dikatakan golongan yang mampu, tidaklah kaya tapi tidak susah. Makan pakai semua cukup. Aku dan suami masing-masing ada kerjaya.

Kami memang jarang balik rumah waktu rehat, masing-masing makan tengah hari di luar. Aku pelik mulanya, kenapa suami suruh balik rumah. Aku cemas dan segera balik.

Aku fikir suami aku sakit. Sampai di rumah suami menangis dan meminta maaf. Dia menangis seperti anak kecil. Tidak pernah aku melihat suami aku menangis seperti itu.

Aku tanyakan kenapa, dia cakap jika dia beritahu aku, aku akan marahkan dan tak akan maafkan dia. Aku tidak sedap hati dan terus mendesak.

Suami buka mulut

Suami beritahu dia curang dengan rakan sekerja tapi berlainan jabatan. Hati aku luluh, aku juga menangis semahunya. Suami beritahu perempuan tu nak jumpa aku.

Aku ok, aku akan berjumpa dengannya terus pada petang itu. Dengan keadaan emosi yang masih stabil, aku memang ingin berjumpa.

Sebelum kejadian, suami memang selalu cakap ada benda nak beritahu aku. Tapi selalu tak jadi.

Suami dua minggu sebelum itu, memang seperti kemurungan. Memang sebagai seorang isteri yang taat dan baik, aku sedar perubahan itu.

Petang itu juga suami bawa aku jumpa perempuan itu. Perempuan itu juga tahu suami aku tu suami orang. Perempuan itu beritahu suami aku yang menginginkannya.

Mereka pernah buat perbuatan terlarang untuk suka-sula. Mengucap panjang aku, tetapi aku kuat, aku tidak akan menangis di depan perempuan celaka itu.

Aku memang memaki hamun perempuan itu. Semua perkataan tak elok aku lemparkan. Tapi perempuan itu sedikit pun tidak terkesan. Suami hanya diam.

Dia juga mungkin terkejut dengan perkataan yang aku berikan kepada perempuan itu. Aku jarang begitu. Aku memang wanita yang lemah lembut.

Tetapi depan perempuan itu, aku bagaikan orang lain. Aku maki hamun semua perkataan yang tidak baik keluar dari mulut ku.

Perempuan itu tanpa segan silu masih ingin berhubung dengan ku dengan meminta nombor hp ku. Sungguh tidak tahu malu.

Suami juga marah dengan perempuan itu dan menyuruhnya keluar. Barulah perempuan itu keluar tanpa rasa bersalah.

Petang itu juga, aku beritahu suami aku tak nak balik rumah. Aku menangis sepuasnya dalam kereta suami.

Aku menangis seperti orang hilang akal. Aku menjerit seperti orang histeria. Suami yang memandu di sebelah ku juga menangis semahunya.

Dia meminta maaf berkali-kali. Aku dan suami terus mohon cuti untuk petang itu. Kami di dalam kereta tanpa arah tujuan.

Dengan aku yang seperti orang gila menangis semahunya. Malam itu, aku dan suami berbincang. Suami dengan kesal meminta maaf padaku.

Dia beritahu aku memang kesilapan itu darinya. Dia tak ada hati pun pada perempuan itu. Perempuan itu seperti memerangkapnya.

Maklum hal sebenar

Semasa suami ingin mengambil barang di bonet keretanya, perempuan gila tersebut telah duduk di tempat duduk penumpang di kereta suami.

Suami terkejut dan perempuan itu telah menangis. Melihat perempuan itu menangis, suami jadi risau dan masuk duduk juga dalam kereta sebelah perempuan itu.

Terus perempuan gila itu menggodanya. Suami betul-betul minta maaf dengan ku, dia beritahu dia manusia biasa masa itu. Jadi, terjadilah benda yang tidak sepatutnya terjadi.

Rupanya wanita tersebut tak habis mengugut untuk bertemu dengan aku tapi sampai satu tahap apabila suami di ajak ke hotel, suami terus maklum dekat aku.

Dia hanya tidur dengan perempaun tu sekali sahaja dan dia tak mahu mengkhianati aku lagi jadi dia mahu berterus terang dan tak hidup di bawah kawalan perempuan gila tu.

Sukar nak lupakan

Hingga kini aku sukar nak lupakan kejadian tersebut, aku sayang suami dan aku tahu dia benar-benar menyesal.

Aku harap perempuan tu berhenti ganggu suami dan biarkan kami hidup tenang.

Baca juga: “Sebab sayang isteri aku siap tahajud nak lupakan wanita lain, tapi lain pula yang jadi”