Malaysia Dateline

Pergerakan keluar daerah di Sarawak perlu kebenaran polis

Kebenaran untuk bergerak dari daerah ke daerah hendaklah melalui Balai Polis terdekat berkuatkuasa hari ini sehingga tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)14 April ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, kelulusan yang diperolehi dari Pejabat Daerah sebelum 2 April hendaklah disahkan semula di Balai Polis di daerah masing-masing.

Jelasnya, sebelum ini kebenaran bagi pergerakan dari daerah ke daerah diperolehi dari Pejabat Daerah. Namun mulai 3 April (hari ini)kebenaran untuk pergerakan dari daerah ke daerah hendaklah diperolehi dari Balai Polis Daerah terdekat.

“Mengenai syarat-syarat bagi pergerakan dalam radius tidak melebihi 10 kilometer dari kediaman untuk membeli makanan, keperluan harian, ubat atau penokok diet, bagi kes Sarawak, syarat ini dilonggarkan di kawasan luar bandar.

‚ÄúSemalam kita telah bermesyuarat dan mengemukakan isu ini kepada Pesuruhjaya Polis Sarawak bahawa penduduk di luar bandar mesti ada kelonggaran.Ini kerana untuk penduduk di rumah panjang, mereka tidak boleh mendapatkan perkhidmatan klinik dalam radius 10 kilometer dari rumah panjang mereka,” tegas Uggah.

Beliau menambah, Pesuruhjaya Polis Sarawak telah bersetuju untuk memberi kelonggaran berkenaan kepada mereka di luar bandar bagi tujuan tersebut.