Pergh! Tak sangka telefon ‘chokia’ pun terjual dengan harga RM20,000

Oleh KIM SYAZIE

Siapa menyangka telefon ‘legend’, Nokia 3310 mampu dijual dengan harga tinggi kepada penggodam hanya kerana ia senang untuk dimanipulasi.

Penjenyah siber menggunakan peranti kecil ini untuk dijadika sebagai antara muka bagi mengambil alih sistem kawalan kereta.

Hanya dengan mengguna sambungan Bluetooth pada model Nokia 3310, penggodam di Amerika Syarikat mampu mencuri kereta dalam masa 15 saat sahaja lapor Vice.

Menerusi video Youtube oleh Motherboard, youtuber ini menunjukkan cara seseorang menggunakan telefon model lama untuk menghidupkan kereta jenis Toyota Rav4.

Pada awalnya, enjin gagal dihidupkan dengan lampu merah berkelip kerana dia tidak mempunyai kunci.

Kemudian, lelaki itu dilihat mengeluarkan sebuah telefon 3310 yang telah dimodifikasi bagi membolehkan godaman dilakukan.

Bersama kabel hitam USB, lelaki itu kemudiannya menyambungkan telefon Nokia itu pada kenderaan tersebut dan memilih beberapa pilihan arahan pada skrin LCD kecil 3310.

Paparan berbunyi dan memaparkan ‘Connect. Get Data’. Lelaki itu pun cuba memulakan keretanya sekali dan ternyata terus enjin tersebut berjaya dihidupkan.

Seorang vendor yang menjual telefon Nokia 3310 pada harga €3,500 (~RM17,000), manakala satu lagi mengiklannya dengan harga €4,000 (~RM19,450).

Menurut laporan Motherboard, teknologi seperti itu sedia dijual dengan harga antara €2,500 (~RM12,156) sehingga €8,500 (~RM87,525) dengan banyak.

Ia dijual menerusi dark web dan saluran Telegram bagi menggodam kereta-kereta mewah seperti Maserati, Land Cruiser dan Lexus.

Alat itu berfungsi dengan menghantar mesej palsu yang kelihatan seolah-olah mesej itu datang dari penerima kunci pintar kereta sebenar.

Baca juga: Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Madani di Kelantan, MB terima dengan hati terbuka